bab 7

1K 43 0
                                    

Hari ini hari pertama imanina akan masuk kerja. Baju kurung moden berwarna hijau dikenakan tudung bawal berwarna hitam. Walaupun simple tapi sangat cantik apabila dikenakan ditubuhnya. Pemerah pipi dikenakan sedikit, gincu merah pucat disapu sedikit di bibirnya. Tak paya make up tebal-tebal sikit pun dah cantik.

Dengan langkah bismilah, Imanina masuk ke bangunan yang besar itu. Fuhh.. Lawa gila. Seketika Imanina duduk di ruang menunggu setelah diarahkan. 'Besarnya.. ruang tamu aku pun tak besar macam ni'bisik imanina.

"cik nina.." Sapa seorang gadis. Imanina memusing kepalanya ke arah gadis yang menegurnya tadi.

"cik nina, boleh masuk bilik tengku"

"ok.. Terima kasih cikk.... " Imanina diam nak panggil apa ye. Maklumlah dia tak kenal, kan baru masuk.

"sofea.. " ujarnya seakan-akan mengerti yang difikir oleh imanina. Sejurus itu,  imanina terus jalan ke bilik tengku itu. Setalah yakin dan menarik nafas sedalam-dalamnya imanina terus masuk ke dalam. Baru saja kaki melangkah masuk terdengar suara garau menegurnya.


❤❤❤❤❤

"Before entering, knock on the door" ujar suara garau itu, tanpa memandang ke arah imanina. Imanina menelan liur. Baru first day tak sampai berapa minit, dah boleh rasa aura diingin pemilik suara itu. Pintu ditutup kembali sebelum mengetuk pintu perlahan. Setelah mendengar arahan masuk, terus imanina masuk dengan takut. Dilihat lelaki itu kini berdiri membelakangi imanina.

"tengku boleh saya masuk?" tanya imanina perlahan.

"aku dah bagi arahan masukkan tadi. So kau masuklah, lainlah kau pekak." ahh.. Nmpk tu..aduii betul-betul diingin tak ada kemesraan langsung.

Imanina senyap, menunggu arahan daripada Tengku Qalif. Nak dia mulakan perbualan, memang taklah.

"Nur imanina binti aziz hsyam.. Umur 23 tahun. Betul? "

"ekk.. Betul betul"dah macam upin ipin dah.

Tengku Qalif berpaling memandang ke arah suara lembut itu. Sejak tadi lagi suara itu mirip benar dengan suara gadis yang dilanggarnya dulu. Dah kenapalah tengku ni, angau semacam.

Bulat mata Tengku Qalif memandang perempuan itu. Sah memang dialah. Imanina juga turut terkejut. Jodoh kuat ni. Tengku Qalif berdehem sebelum memulakan perbicaraan

"so miss.. Remember me?" tanyanya sambil mendekati gadis itu. Semakin tidak keruan imanina jadinya. Terletus ketawa kecil  Tengku Qalif melihat pipi gebu imanina kemerah-merahan. Tengku Qalif duduk di atas mejanya sambil tangan berpeluk tubuh, mata tidak lepas memandang imanina yang menunduk itu.

"aku rasa ini bukan pertemuan pertama kitakan?"

Imanina memberanikan diri memandang lelaki itu. Liur ditelan , takut melihat wajah Tengku Qalif yang tersenyum sumbing.

"ekk.. Ye, rasanya kita pernah jumpa kot"ujarnya perlahan.

"baguslah kalau kau ingat.. " Tengku Qalif berdiri semula memandang imanina yang kembali menunduk. Terasa sesak sangat nafas. Tengku Qalif selamba badak je nak berdiri dekat-dekat. Sampai imanina boleh menghidu perfumenya. Lemah lutut weii..

"bila bercakap tu,pandang aku boleh? ". Imanina hanya mengangguk tak berani nak pandang. Kan Tengku Qalif kata bila bercakap, sekarang ni tak cakap lagi so tak payah pandang..

"kau tahukan kau kerja kat sini 2 bulan je". imanina menganngguk kepala.

"Kau kerja sebagai PA aku sementara nelly jaga mak dia. Kau tahukan??" sekali lagi imanina mengangguk kepala. Alangkah terkejut imanina apabila tangan Tengku Qalif menolak dagu imanina mengunakan jari terlunjuk untuk menyuruh imanina memandangnya.

Dup.. Dap.. Dup.. Dap

"bila aku tengah bercakap, cuba biasakan diri pandang aku dan aku tak suka bercakap dengan orang bisu. "sinis saja ayat yang keluar dibibirnya. Sedap mulu je cakap orang bisu.

"ma.. Maaf!"

Tengku Qalif mengalihkan mata dari terus memandang mata bundar itu. Enta kenapa jantung dia laju sangat berdegup. First time ni wehh.. Selalunya tak pernah-pernah dia rasa macam ni kalau pandang perempuan. Perempuan yang kalah merenung matanya. Tapi kali ni sebaliknya. Kuat sungguhlah pinangan Imanina ni.

"ekk.. Saya dah boleh mula kerja ke tengku?"tanya imanina, memberanikan diri. Tengku Qalif sekadar mengangguk.

"kau tahu ke macam mana nak buat kerja kau?"

"tahu kut sebab nelly dah ajar saya sikit kerja-kerja PA ni"

"Good!! So kau kena bagi tau aku Apa-apa maklumat. Bila aku nak meeting. Bila aku nak outstation. Kau kena uruskan jadual kerja aku. And make sure bagitau aku. Ehm.. Yang paling penting sebelum orang nak masuk bilik aku, kau mesti maklumkan dekat aku dulu. Aku tak suka orang masuk semberangan" ujar Tengku Qalif, tegas. Hal-hal yang melibatkan kerja memang dia sentiasa tegas. Mungkin mengikut perangai arwah papanya, Tengku Qalim.

"baik tengku!"

"so, welcome cik imanina"

Selesai saja terus imanina keluar meminta diri dan terus ke tempatnya yang ditunjuk oleh sofia tadi.

Tengku Qalif tersenyum. Terselit pelbagai agenda yang perlu dilaksanakan.

'finaly aku jumpa dia balik.. Ehmm nice name..imanina, imanina' bisiknya.


Marah-marah SayangWhere stories live. Discover now