TAPAK gelanggang sepak takraw menjadi tempat semua ahli Kadet Polis membuat perjumpaan buat kali pertama pada hari ini dengan cuaca yang masih pagi kira-kira dalam pukul 8 pagi aku rasakan. Disebabkan hari ini perjumpaan pertama, kebanyakan tak pakai baju lengkap Kadet Polis mereka. Termasuk aku dan Fasha. Kami memakai baju sukan disebabkan hari ini pun kelas kami ada sukan. Nasiblah tiap kali waktu sukan, kelas aku dan kelas Fasha akan bergabung.
"Kenapa kau nampak macam nervous je ni, aku tengok?" Tegur Fasha.
Aku toleh pada Fasha di sebelah. Wajahku aku rapatkan sedikit dengan Fasha nak bercakap dalam keadaan berbisik.
"Mana tak nervous nya dah kalau kau tiba-tiba chat aku tadi malam yang kau dah letak nama aku dekat senarai pilihan AJK Kadet Polis?!" Nada cuba aku kawal. Takut ada budak lain dengar, karang tak pasal ada yang buka wrestling dekat sini nanti sebab kata pilihan AJK ni dipilih secara tak adil.
Fasha gelak kecil sambil tangannya menekup mulut untuk cover dirinya dari kena marah dengan cikgu lelaki ahli Kadet Polis di depan yang sedang sibuk beri taklimat pada pelajar-pelajarnya.
"Bukan akulah yang letak nama kau. Ada sorang cikgu chat aku malam-malam semata nak tanya pasal kau sebab dia kata kau selalu siapkan kerja dia tepat masa and tak pernah buat hal dekat kelas dia. Aku apa lagi? Puji-puji kau lah! Terus cikgu ambil kau jadi-"
"Hey! Saya beri maklumat asas dekat sini, kauorang membawang pula dekat belakang ya? Fasha dan kawan kamu tu, berdiri di sana sekarang!" Tegas guru lelaki yang memberi taklimat itu mengarah.
Disebabkan terkejut dengan sergahan garang itu, aku dan Fasha pun terus jadi kelam-kabut berdiri dari terus duduk bersila atas simen itu. Saat kami berdua berdiri, kesemua pelajar kadet polis ini terus menumpukan perhatian pada kami.
Aku pula menundukkan kepala. Rasa bahang saja wajahku tika ini tatkala sedar yang mata-mata mereka lebih tertumpu pada aku dan bukan Fasha. Namun, bila aku tengok Fasha di sisi, dia kelihatan tenang bersahaja berdiri di sebelah. Sekilas dia memandang aku sambil tersenyum. Mulutnya terkumat-kamit menyampaikan satu mesej kepadaku. Nasib baik aku jenis cepat tangkap.
' chill...benda ni sekejap je. Lagipun cikgu tu yang pilih kau. '
Aku pandang kembali wajah cikgu lelaki itu. Dia kelihatan garang tapi macam pernah nampak pula muka cikgu ni. Oh, dia cikgu matematik aku! Sekarang, baru aku boleh tersenyum lega. Cikgu tu memang tak dinafikan yang dia tegas dengan setiap pelajarnya. Tapi dalam tegasnya, ada yang aku suka dengan cara dia ajar. Dia ajar sambil bagi kata-kata semangat dengan tunjuk jalan kerja yang perfect dan mudah faham! Sejurus Cikgu Azam itu buatkan aku rasa lebih semangat nak belajar subjek matematik.
"Baiklah, untuk tahun ini...saya dan cikgu-cikgu lain telah membuat perbincangan sebelum ini yang kami sendiri yang akan lantik ahli-ahli jawatankuasa bagi tahun ini oleh sebab, kami tak nak jadi macam tahun-tahun lepas. Bila saya bagi peluang pada kamu untuk undi dan wakilkan diri dalam melantik diri menjadi sebahagian ahli-ahli jawatankuasa, mostly tak ada ciri-ciri dalam jawatan-jawatan mereka. Bila cikgu suruh join kem menembak, kem jati diri, kem perkemahan, hanya dua tiga orang saja yang turut serta. Oleh itu, saya dan cikgu-cikgu di sini dah pun pilih mereka-mereka yang layak diberi jawatan-jawatan tersebut. Jadi, saya harap...tak ada yang koyak, tak ada yang kecewa sebab tak dapat terpilih..."
Aku mengeluh penat dengar Cikgu Azam membebel panjang di depan. Dahlah kena berdiri pula tu. Huh!
"...yang tak terpilih tu tak bermakna kami tak percayakan kamu dalam memegang jawatan. Tapi kalau kamu betul-betul nakkan jawatan yang kamu impikan, silalah buktikan pada saya yang kamu boleh wujudkan ciri-ciri tu dalam diri."
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...