AKU yang sudah duduk lama di meja makan itu, khusyuk memandang mama yang dari tadi tersenyum senang sambil sibuk memakai tudung di hadapan cermin yang ditampal di dinding rumah ini.
Air koko panas yang mama buatkan tanpa diminta tadi, aku hirup perlahan-lahan. Namun, mata masih tidak beralih dari terus memandang mama. Bukan apa. Tapi, apa yang buatkan mama nampak gembira hari ni?
"Safi kenapa pandang mama tak lepas macam tu? Sebab mama nampak cantik eh malam ni?" Mama mula melangkah mendekati meja makan. Kerusi berhadapan aku ditarik, lalu didudukinya.
"Mama, cuba mama bagitahu je dekat Safi yang mama nak pergi mana sebenarnya malam-malam macam ni?" Entah kali ke berapa aku bertanyakan pada mama soalan yang sama. Tapi langsung mama tidak mahu memberitahunya!
"Hmm..." Gumam mama seraya menggapai gelas kaca yang berisi air koko milikku itu lalu dihirup.
"Ke...mama keluar dengan papa?"
"Uhuk, uhuk!" Gelas itu pantas diletak atas meja. Mama kemudian, mengibas-ngibas bibirnya menggunakan tangan.
Aku tidak membantu. Malah, hanya melihat mama dengan dahi berkerut. Nampaknya tekaan aku macam mengena.
"Merepek apalah kamu ni. Kenapa pula-" sejenak mama terdiam. Dia memandang aku dengan kening bertaut. Sama seperti aku memandangnya dengan raut wajah curiga.
Mama melepaskan keluhan.
"Okey! Macam mana Safi tahu mama nak keluar dengan papa?"
Terus, aku menekup mulut dengan mata membesar tidak percaya.
"Mama nak dating dengan papa?!"
Mama menjungkit bahu.
"Something like that, i guess."
"Lepas tu, kenapa mama perlu rahsia-rahsiakan macam ni dari Safi? Bagitahu ajelah."
"Mama...malulah."
"Eleh..." Aku mencebik. "Tapi macam mana pula boleh tiba-tiba plan nak pergi dating ni? Bila masa mama dengan papa berjumpa, huh? Lagipun bukan sepatutnya papa balik-"
"Masa kamu dengan Faiq dating dekat Rumah Kasih, papa ada datang sini. Mama pun terkejutlah tengok papa kamu datang tiba-tiba macam tadi. Mama ingatkan dia nak cari Safi. Tapi rupanya, dia nak berbincang dengan mama benda penting."
Terus aku rasa teruja nak tahu selanjutnya.
"Apa dia yang penting tu?"
"Err...papa ajak...mama keluar malam ni."
"Woo....mesti nak rujuk!" Aku sudah tersenyum simpul.
"Eh, tak mungkinlah, Safi. Mama kan bukan perempuan yang baik macam mak-mak dekat luar sana? Lagipun, mama dah banyak kali kecewakan-"
"Papa nampak je macam yang mama nampak selama ni. Tapi sebenarnya dalam diam, papa cepat terpujuk. Percayalah cakap Safi. Macam tadi, ada tak papa jumpa mama sambil marah-marah ke apa?"
Mama menggeleng.
"Haa! Maksudnya papa masih ada perasaan dekat mama lah tu. Takkanlah papa nak terus dengan ego dia sampai sanggup tinggalkan perempuan cun melecun macam ni walaupun dah tua?"
"Mama nampak tua ke?"
"Sangat." Terus ketawa aku meletus.
Mama berdecit. Ketawa aku tidak lama. Aku kemudian merenung wajah tua mama dengan redup.
"Lagipun, mama dah berubah. Alhamdulillah pasal tu. Bila dah berubah kepada kebaikan, jangan sesekali ungkit kisah silam yang hitam tu. Takut boleh meruntuhkan balik semangat dan niat kita yang nak berubah. Jadi, mama kena semangat tahu? Keep istiqamah!"
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...