SUASANA hari sukan tahunan tampak semakin riuh dan meriah apabila acara larian entah yang berapa meter punya bermula. Bila diperhatikan, aku perasan sesuatu. Acara larian perempuan tadi tak ada seriuh macam ni. Pelajar lelaki tak ada pula berkumpul di luar tali untuk melihat pertandingan ini. Tapi bila acara larian lelaki nak mula sekarang ni, hampir semua pelajar perempuan dah aku tengok duduk keliling padang.
Amboi!
Lain macam pelajar perempuan dekat sekolah aku ni, ya? Nak kena tazkirah dengan ustazah dia ni dekat next class ni!
Tak cukup itu, ada sesetengah pelajar lelaki dan pelajar perempuan sibuk berduaan di sudut-sudut padang. Hari-hari yang ada sambutan di sekolah macam ni, terus pecah tembelang perangai pelajar yang sebenar.
"Mentang-mentang cikgu-cikgu sibuk dengan kerja masing-masing, ambil kesempatan eh." omelku, menahan geram.
Sedang menahan geram, tidak semena memori pasang layar lebar depan mata. Dalam suasana hari sukan sebegini suatu tika dulu, aku dengan fasha masing-masing tak bertegur sehinggalah kejadian yang aku tak sangka sewaktu berlari dalam laluan larian, aku ditolak olehnya.
Kelakarnya, depan Abang Faiq aku jatuh. Akibat terikut perasaan marah aku, tak fikir panjang, kantin pula jadi hala tuju. Dan buat kali kedua pada masa itu, aku dikenakan kejadian yang tidak aku sangka.
Siapa sangka, masa itulah aku dapat air tealive percuma dari abang panda yang amanahkan pada mak cik kantin untuk diberikan padaku. Tambah kelakarnya, ada pula gambar aku terlantar di atas katil wad disebabkan kemalangan dulu. Teringat pasal gambar... belum pernah lagi aku menyoalkan perihal gambar itu pada dia. Teringin aku nak tanya, kenapa dia ambil gambar aku?
"Ustazah!"
Spontan kedua bahu menjungkit ke atas. Kepala aku dongakkan sedikit memandang wajah gerangan yang tegap berdiri di depanku. Ketinggiannya sama seperti dia. Tapi bukan dia.
Melihat wajah matang yang tayang sengih dengan dahi yang merintik peluh itu, terus buatkan bibir aku ikut menarik senyum manis.
"Amacam saya tadi, ustazah?" tiba-tiba dia menyoal sesuatu yang aku kurang mengerti maksud di sebaliknya.
Semerta kening sedikit bertaut.
"Tadi? Kenapa dengan awak?"
Daniel mengeluh.
"Ustazah tak tengok ke saya lari tadi?" tampak hampa kerana aku tak fokuskan pemerhatian padanya.
"Err... tengok. Tapi tak perasan pun ada kamu. Sorrylah. Dapat nombor berapa tadi?"
Dia tersenyum kembali.
"Satu,"
"Serius?"
Angguk sambil tersenyum kemenangan.
"Wah! Tahniah! Haraplah rumah sukan kita dapat tempat pertama juga nanti." aku sedikit bersorak. Salah satu sebab kenapa aku pun ikut teruja atas kemenangan Daniel sebab aku adalah salah satu guru rumah sukan dia. Hijau.
"Kalau rumah sukan kita menang pun, cikgu tak nak kasi hadiah jugak ke dekat peserta macam saya yang menyebabkan rumah sukan kita menang?" dia mula buat permintaan.
Ni yang aku payah ni. Bukan sebab kedekut. Tapi sebab aku jenis orang yang susah nak fikirkan hadiah apa yang aku perlu bagi pada seseorang itu. Pernah aku terlalu fikirkan hadiah apa yang aku patut bagikan pada suami aku si cina murtad tu sampai pening kepala aku. Sudahnya, aku tanya Daniel sendiri. Tapi jawapan yang aku dapat,
"Nak tuntut hak aku. Dekat isteri aku. Since sekarang, apa yang dia punya adalah aku punya. Boleh?"
"Kau orang borak apa ni? Kau, apa pasal muka kau merah?"
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...