SECAWAN air tealive dihulur pada Daniel yang sedang duduk bersandar dengan mata terpejam sambil kedua tangan masuk ke dalam kocek hoodie. Namun, melihat tiada pergerakan sedikit pun dari lelaki itu, aku memutuskan untuk menendang kaki Daniel sedikit kuat.
Badan Daniel kembali tegak. Dia agak tersentak. Aku tersenyum puas seraya duduk di bangku bersebelahan dengannya dengan jarak yang sedikit jauh. Air Daniel aku letakkannya di pertengahan jarak kami. Sementara air tealive aku, aku minum sampai pipi aku kembung dipenuhi boba.
"Kau memang tak boleh minum elok-elok ke? Memang minum macam badak ke apa?"
Serentak itu, satu biji boba tersekat dikerongkong sewaktu aku ingin menelan air. Sudahnya, aku terbatuk-batuk dek tersedak boba. Sambil itu, tangan sebelah yang kosong digumpal menjadi penumbuk sebelum tangan itu menumbuk-numbuk dada.
Aku berhenti batuk setelah merasakan sebiji boba itu berjaya dapat ditelan. Aku cerlung Daniel di sebelah. Dia seperti biasa, nampak selamba sambil bibir menyedut straw minuman.
"Mulut tu elok sikit, eh! Sebadak-badak aku ni pun, orang puji cantik tahu."
"Lepas tu? Kau banggalah jadi tatapan orang ramai?" Bidasnya laju.
Aku terkesima.
Daniel meletakkan semula airnya di pertengahan kami lalu tangan yang dikeluarkan itu kembali dimasukkan dalam kocek hoodie.
"Kau tu perempuan. Seharusnya perempuan itu ada rasa malu. Semakin dia dipuji, semakin dia perlu sembunyikan diri dia. Aku tahulah aku ni bukan siapa-siapa. Aku bukan umat Islam macam kau. Tapi sekurang-kurangnya, apa yang aku dah pelajari pasal Islam selama ni, aku ada hak juga nak tegur orang Islam pasal kesalahan dia orang dalam menjadi seorang Muslim." Lancar dia bertutur kata.
Aku mula rasa malu apabila ditegur begitu. Nak-nak pula, lelaki yang tegur! Terus kepala aku alihkan ke tempat lain. Malu mahu memandang muka si penegur.
Tapi sejujurnya, aku juga ada terselit rasa malu apabila dipuji cantik. Aku bukanlah orang yang mahukan pujian dari sudut fizikal. Dan aku juga tidak mahukan kecaman. Ya, terdengar seperti complicated juga. Tetapi, itulah hakikatnya. Biarlah sedang-sedang.
Dalam fikiran sudah terpasang memori sewaktu habis saja pertandingan warkah dan lagu kelmarin. Sebelum turun pentas, mata aku sempat menangkap beberapa tangan yang merakam aku seperti aku ialah seorang artis. Namun begitu, aku endahkan saja oleh sebab aku perlu katakan sesuatu pada Daniel.
Aku berlari anak cuba mengejar langkah Daniel yang laju berjalan ke depan seorang diri. Marsha dan lain-lain sudah pergi duduk berkumpul di tapak kumpulan kami.
"Daniel..." Nafas aku sedikit tidak teratur. Kami kini berada di kawasan yang agak jauh dari tempat pelajar berkumpul.
Daniel memusingkan tubuhnya. Wajah selamba dipamerkan.
"Ada... sesuatu yang aku nak cakap dengan kau." Gugup aku berkata. Aku tak nak terlalu straight forward. Terasa macam gelojoh pula nanti!
"Apa benda?"
"Err... ak-aku sebenarnya..."
Jeda. Entah kenapa aku rasa aku tak dapat nak sambungkan kata-kata. Padahal, turun saja dari pentas tadi, sudah aku siapkan skrip sendiri untuk cakap dengannya. Tapi kini-
"Jangan bazirkan masa aku boleh tak? Aku nak cepat ni." Gesanya.
"Nak cepat? Kau nak ke mana?" Soalku sedikit aneh.
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...