60

667 46 64
                                    

PERLAHAN-LAHAN, kaki menapak maju ke depan dengan langkah yang dibuka kecil. Kedua tangan aku bergetar. Entah sebab takut atau terkejut.

Wajah itu kelihatan tenang saat aku maju menghampirinya.

Sebaik saja aku berdiri betul-betul di hadapannya, kot panjang yang dipakai lelaki itu aku sentuh untuk memastikan yang aku bermimpi atau tidak. Dan hasilnya,

Aku tak bermimpi...

Aku, benar-benar tidak bermimpi sekarang.

Lelaki itu perlahan-lahan menarik senyum kacaknya.

"Assalammualaikum?"

Sungguh! Aku tidak pernah merasakan jantung yang berdebar kuat seperti ini sebaik saja ucapan salam itu diberikan.

Tika itu juga, aku mula merasakan sendi-sendi kaki aku lemah sekaligus buatkan punggungku terduduk atas lantai di bulatan itu dengan tangan sebelah menekup mulut tidak percaya.

Melihat aku yang terjatuh terduduk di depannya, dia lantas mencangkung di depanku. Dan aku pula, tidak henti menatap wajah kacak itu dengan cecair jernih yang mula menitis ingin membasahi wajah.

"Jiran..."

Kepala aku menunduk. Dan saat itu, air mata mengalir deras. Melepaskan rindu tanpa bersentuh.

"Jangan macam ni, jiran. Kau buat aku sakit tengok kau menangis macam ni. Angkatlah muka kau. Pandang aku. Sekejap pun jadilah." Lembut nadanya berucap.

Aku menggeleng tidak mahu. Malah, meneruskan dengan tangisan yang semakin lama, semakin teresak-esak.

"Oh...kau tak nak? Takpelah kalau macam tu. Aku-"

"Dani..."

"Ya saya?"

Aku akhirnya mengangkat wajah. Daniel yang masih mencangkung di depanku tersenyum lembut.

"Kau... menakutkan aku..." Rengekku seperti anak kecil. Tapi memang betul pun yang aku takut masa kena culik tadi.

"Menakutkan kau?"

Aku hanya diam sambil menatap wajah yang dirindui itu.

"Oh...pasal tadi ke? Sorry lah...aku saja je nak surprise kan kau. Tapi aku cuma culik kau je. Pasal kau tiba-tiba bangun dah ada dekat sini, itu sebab kau yang tertidur dalam kereta aku. Aku dah kejutkan kau. Tapi kau suruh aku diam pula. So, terpaksalah aku angkat-"

"Diamlah!"

"Ha! Macam tu lah kau cakap dekat aku tadi." Daniel kemudian tertawa kecil.

Aku yang melihat dia tertawa, terus tidak jadi nak marahnya. Lagipun, salah aku juga. Pergi tidur dalam kereta dia sampai dia kejutkan pun aku marah. Jadinya, aku ikut tersenyum dalam tangisan.

"Nah." Sesuatu dihulur padaku.

Melihat lolipop berperisa epal itu, buatkan tangisan aku semakin menjadi-jadi.

"Tolong jangan nangis depan aku macam ni, please? Kalau kau menangis juga, aku akan marah tahu!"

Terhenti terus bunyi tangisan aku. Riaksi muka aku kini berubah ingin marah.

Dia nak marah aku? Heh!

"Aku yang patut marah kau, tahu? Kenapa kau buat aku macam ni, huh?! Konon tak suka aku menangis macam ni lah bagai. Tapi kau ingat aku boleh tahan ke rindu ni? Tak cukup tu, semua orang rahsiakan keberadaan kau dari aku! Lepas tu, boleh pula aku kena tipu yang kau dah meninggal! Kau ingat aku tak sakit dan sedih ke lepas dengar kau dah takde dekat dunia ni, huh?! Ingat aku tak terluka ke lepas kau tinggalkan aku dan menjauh dari aku? Aku rindu kaulah, jiran! Tapi kau? Apa kau tahu? Yang kau tahu, jadi orang yang misteri bila dengan aku."

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now