18

253 51 2
                                    

"ASSALAMMUALAIKUM WARAHMATULLAH..." Ucapku mengikut pergerakkan imam. Suasana hutan pada waktu malam tampak gelap dan seram. Tapi dalam masa yang sama, ia tetap tampak indah. Pelajar-pelajar islam masing-masing membaca wirid lepas solat sendiri. Ada yang dah bangun dan terus pergi lepak dengan kawan-kawan, ada yang masih panjang wiridnya dan salah satunya, aku.

Kepala aku mencari-cari kelibat Fasha. Tadi, dia solat lebih awal sebab lepas aku dan Daniel berjaya keluar dari semak-samun hutan, Fasha dah selesai ambil wudhuk untuk siap sedia solat maghrib.

Namun, lain yang aku cari, lain pula yang aku nampak. Daniel sedang duduk di salah satu batang pokok besar yang sudah terpotong. Tapi dia tak menghadap ke sini. Pandangannya seperti merenung langit malam. Entah apa yang dia fikirkan agaknya?

"Eryn!" Seseorang mencuit bahuku dari belakang. Seperti yang aku fikirkan, dia ialah Fasha. Pendanganku memandang dia di belakang.

"Jom lepak dalam kemah!" Ajak Fasha. Kening aku bertaut. Mentang-mentanglah aku dengan dia je yang special sebab dapat duduk 2 orang 1 kemah, tapi orang lain 3 orang 1 kemah, suka hati dia je ajak lepak.

"Boleh ke? Tak ada apa-apa aktiviti ke lepas ni?" 

Fasha angguk laju. "Boleh...setiap kali first day datang camping macam ni, selalu tak ada aktiviti. And guess what? Time-time macam ni lah aku pergi duduk kemah curi-curi makan bekal yang aku bawa!"

Aku ketawa kecil. "So sekarang ni, kau nak cakap yang kau lapar lah?"

Lagi sekali, Fasha angguk sambil tersengih-sengih.

"Aku bawa sate ayam 30 cucuk! Saja aku bawa lebih sebab nak makan dengan kau. Mesti kau lapar juga, kan? Yelah, tengah hari tadi cuma dapat makan nasi goreng ayam dari mak cik kantin je." Bibirnya muncung ke depan.

Mataku pula sudah bersinar-sinar. Gila betul Fasha ni! Bukan apa. Bagi aku, curi-curi bawa makanan tu tak ada apa. Cumanya... dia bawa sate sampai 30 cucuk kot! Kenyang satu malam aku kalau macam ni.

"Sebenarnya aku tak ada lah lapar sangat. Biasa je. Tapi lepas dengar kau cakap yang kau bawa sate banyak, tiba-tiba perut aku rasa kosong tak pernah makan setahun!" Gurauku.

"Ish, melebih pula kau! Jom lah masuk! Nanti Kak Sofea gedik tu nampak pula." Tangan aku ditarik-tarik.

"Ya, sekejap." Kami berdua bangun dari duduk. Mini sejadah kepunyaan aku yang dibentangkan atas tikar sulaman itu aku ambil lalu kain aku sising sedikit ke atas untuk memudahkan berjalan.

"Cepatlah, Eryn! Nanti tak panas dah..." Fasha sudah menjauh dariku tanpa aku sedar. Bukan jauh dah, dia dah dekat dengan kemah lagi! Aku menggeleng kepala sambil tersenyum.

Tak mahu Kak Sofea dan lain-lain sedar, aku terus berlari anak ke arah kemah kami berdua. Fasha mula buka zip kemah dan terus memasukkan badannya dalam kemah yang saiznya bersederhana itu. Tak kecik, tak besar. Cukuplah untuk kami berdua duduk bersama. Usai aku membuntuti langkah Fasha, zip kemah aku tarik naik ke atas dari dalam.

"Kau serius lah, boleh lepak masa-masa macam ni?" Soalku takut-takut jika kami berdua dicari untuk tolong apa-apa dekat luar.

"Ish kau ni! Ya, kita tengah free. Kalau ada yang panggil pun, bukannya penting sangat. Jangan risaulah! Sekejap, aku nak tutup kemah kita ni dari dalam."

Dahiku berkerut tak faham dengan ayat Fasha yang akhir. Aku hanya duduk diam dalam kemah yang gelap dan sedikit panas itu sementara mata asyik melihat kelakuan Fasha yang tak duduk diam memasang dua helai kain pelikat di sekeliling kemah. Dia pasang menggunakan peniti.

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now