7 tahun kemudian...
Sedang dalam perjalanan untuk ke parking kereta sambil tangan sebelah menggendong buku-buku latihan pelajar, aku melepaskan keluhan panjang.
Letih. Itu yang aku rasakan setiap kali hari Isnin di mana, hari itu ialah jadual aku sebagai guru praktikal untuk subjek Pendidikan Islam tingkatan 4 dan 5, mempunyai 6 masa sekaligus.
"Ustazah! Ustazah Safiya, tunggu!"
Semerta langkah aku berhenti. Badan mula berpaling memandang gerangan yang memanggil. Dan alangkah terkejutnya aku tatkala beberapa orang pelajar kelas yang aku ajar, sedang berlari ke arah aku sambil di tangan masing-masing membawa sesuatu yang berbalut cantik.
"Ni kenapa ramai-ramai ikut saya ke sini?" Soalku pada mereka yang lebih 5 orang pelajar. Ada pelajar lelaki dan perempuan. Dan ia bercampur antara tingkatan 4 dan 5.
"Selamat hari jadi, Ustazah Eryna Safiya!" Serentak mereka mengucap sebaris ayat itu sehingga membuatkan pelajar-pelajar yang sedang lalu-lalang nak balik dari sekolah, memandang ke arah kami.
Aku mula rasa malu. Namun, dalam perasaan malu, terselit rasa terharu. Walaupun baru 2 bulan aku menjadi seorang guru, tetapi kebanyakan dari pelajarku mudah selesa dengan aku. Pernah aku tercuri dengar dari salah satu mereka yang mengatakan, dia suka cara aku mengajar subjek Pendidikan Islam itu. Penerangan yang ringkas, tetapi mudah difahami. Aku bersyukur tentang itu.
"Alahai...terima kasih banyak-banyak, ya. Saya tak tahu nak balas apa dekat kau orang." Jujur aku tidak tahu mahu berkata apa pada mereka.
"Lah, kan ustazah dah bagi kita orang ilmu? Ini sebagai tanda kita orang berterima kasihlah dekat ustazah. So, terimalah!" Ujar salah seorang pelajar perempuan.
Aku tersenyum menampakkan susunan gigi yang tersusun cantik dan rapi.
"Yelah, lagi sebulan masa saya untuk mengajar kau orang semua. Jadi, saya anggap ini hadiah perpisahan kita yang akan terjadi sebulan nanti, okey?"
"Eh, bukan 6 bulan ke?" Salah seorang pelajar lelaki bertanya.
"Only 3 months, Daniel." Lembut aku membalas soalannya. Ya, nama dia Daniel Hakimi. Dan dia memang beragama Islam sejak lahir. Sekarang, dia pelajar tingkatan 5.
"Aduh...tak dapat nak buat perancangan kita."
"Eh, perancangan apa?" Aku kurang mengerti.
"Perancangan nak lamar ustazahlah lepas habis SPM nanti!" Serentak itu pelajar lelaki yang di situ mengejek Daniel.
Aku pula ketawa buat-buat.
"Ha. Ha. Kamu tak nampak cincin dekat tangan saya ni?" Cincin perak di jari manis aku tunjuk padanya.
"Alah, perempuan kan suka pakai barang kemas? Saya tahu ustazah pakai cincin tu cuma saja-saja."
"Banyaklah kau! Tu cincin tunang, gila."
Aku yang mendengar hanya menggelengkan kepala. Dan tika itu, baru aku teringatkan sesuatu. Aku kena balik cepat!
"Sorry lah, saya tak dapat berbual lama dengan kau orang semua. Sebab saya nak kena jumpa orang ni."
"Kalau macam tu, biar kita orang masukkan hadiah-hadiah ni semua dekat kereta ustazah."
Aku angguk membenarkan. Selepas itu, aku mula membuka pintu kereta di bahagian pemandu. Kemudian, buku-buku yang bertimbun di tangan sebelah, aku letakkannya di tempat duduk sebelah.
Usai semuanya selesai, aku mula hidupkan enjin dan mengucapkan terima kasih serta selamat tinggal pada mereka sebelum kereta meluncur keluar dari kawasan sekolah.
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...