PETANG itu, aku hanya duduk atas salah satu batu melihat mereka sedang berseronok bermandi-manda di sungai. Dan yang pastinya perempuan dan lelaki diasingkan jauh. Kelibat Fasha aku cari. Sejak pulang dari aktiviti jungle tracking tadi, Fasha sudah menghilangkan diri.
"Kau tak mandi ke?" Tegur seseorang dari arah belakang. Aku tersenyum kecil apabila melihat yang itu Fasha.
"Nak je, tapi tak ada kawan."
Fasha pamer senyum yang pada pandangan aku, senyumannya nampak hambar.
"Eleh, tu bukan tak ada kawan. Kau je yang tak reti nak bertegur sapa dengan dia orang semua."
"Alah, kau pun tahu kan aku bukan macam kau yang peramah dengan semua orang."
Fasha sekadar tersenyum. Dia turut melabuhkan duduk atas batu kecil di sebelahku lalu mencelupkan kaki ke dalam air sungai itu sama seperti yang aku buat sekarang.
"Kau tak nak mandi ke?" Soalku pula.
"Nak. Tapi... Tu ha," bibirnya memuncung menunjukkan satu arah. Aku turut ikut memandang arah yang ditunjukkan. Dan, tika itulah...
"Arghh!!! Cikgu!" Jeritan nyaring itu membingitkan telinga aku. Pantas kau tekup telinga yang berbalut tudung. Mereka yang menjerit, terus kelam-kabut naik atas tanah menghampiri cikgu-cikgu perempuan di situ.
"Ya Allah, kenapa bising-bising kamu semua ni?!" Tegas cikgu perempuan itu bertanya.
"Cikgu... Ada sekumpulan lelaki intai kami cikgu dekat semak-semak tu!"
Aku dan Fasha serentak pecah ketawa. Kini, aku faham kenapa Fasha tak nak terus menyelam dalam air sungai. Rupanya mata Fasha lebih tajam dapat melihat ada sekumpulan lelaki menyorok disebalik semak demi mengintai anak dara bermandi-manda.
"Zon dah selamat. Jom, mandi!" Ajak Fasha terus menarik aku masuk dalam sungai tanpa sempat pun aku sedia.
Sungai tu tak adalah dalam mana. Kaki aku pun mencapai permukaan dalam air. Mungkin sebab aku dan Fasha berada di kawasan yang rendah airnya.
"Eryn, jom main tahan nafas dalam air!" Teruja Fasha berkata.
"Aku mati lemas, standby malam nanti aku masuk mimpi kau." Aku beri amaran sekadar berseloroh.
"Deal!" Sambut Fasha juga berseloroh. Serentak itu kami berdua ketawa lagi dan lagi.
"Okey, berapa saat?" Soalku.
"60 minit,"
"Kepala otak!"
Fasha ketawa mengekek. Jam di tangannya ditunjuk padaku. "Tepat 60 saat, jam aku akan bunyi."
"Okey!"
Dalam kiraan 3, Fasha mengira. Masing-masing sudah sedia mengepit hidung dengan dua jari.
"Tiga!" Terus kami berdua celup kepala dalam air lama.
Sudah lebih 10 saat aku rasa, aku buka mata. Fasha aku sempat pandang sekilas. Dia pejam mata rapat. Jelas dia jenis yang tak boleh buka mata bila menyelam dalam air.
Serentak itu, aku ternampak ada benda jatuh keluar dari tudung Fasha. Seutas rantai silver itu jatuh ke dalam. Sebelum sempat dia jatuh atas dasar yang lebih dalam, lebih baik aku kejar. Tanpa hiraukan Fasha, aku terpaksa menyelamkan seluruh tubuh ke dalam demi mengambil seutas rantai itu.
"Dah bunyi! Eryn, mana kau?!" Jeritan Fasha kedengaran. Tapi aku tak boleh menyahut dek masih dalam air. Dapat saja rantai silver itu, aku terus naik kembali ke permukaan atas.
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...