39

196 37 23
                                    

SEBAIK sahaja tiba di depan rumah, aku dilanda kehairanan apabila melihat sebuah kereta mewah itu elok terparkir di depan pagar rumahku. Aku kenal pemilik kereta itu.

Wajah Abang Adam diapandang.

"Abang, kenapa papa tiba-tiba datang sini? Bila dia sampai?"

Hari ini, hanya Abang Adam saja yang mengambil aku pulang dari sekolah. Selalunya Abang Zafir akan dipaksa ikut oleh Abang Adam kalau aku nak keluar pergi mana-mana. Yelah, pengawal peribadi kan?

"Dah lama. Cepatlah masuk rumah." Sikit pun Abang Adam tidak memandang aku. Memang dari awal dia ambik aku tadi, suasana sepi. Muka Abang Adam pun jelas kelihatan muram.

Tanpa berlengah masa lagi, lantas aku keluar dari perut kereta dan terus berjalan menghampiri pagar. Dan tika itu, bunyi enjin motor kedengaran di berdekatan aku. Daniel.

Dia sedang memakai jacket Adidas hitamnya. Mukanya aku tidak kelihatan oleh sebab dia pakai helmet. Usai saja dia menyarung jacket itu di tubuh, kedua tangannya mula memegang handle motor. Dan dia seolah memandang aku disebalik visor gelap yang dipakai. Aku pandang dia, dia pun berbuat demikian. Kami seolah merenung sesama sendiri.

Tidak lama setelah itu, Daniel mengaumkan motornya kuat. Aku agak terkejut mendengar ekzosnya mengaum. Tanpa bertegur, Daniel terus menggerakkan motornya berlalu pergi dari kawasan rumah. Tika itu, baru aku perasan yang dia akan mula masuk kerja tatkala beg foodpanda terletak elok di belakang badannya.

Dusta belaka jika aku tak sedih melihat perubahan Daniel yang seolah mahu mengelak dari aku. Bertegur pun tidak mahu. Kenapa kau perlu berubah macam ni, Daniel? Kau tahu aku suka kau, takkan kau perlu tolak aku sampai dah tak nak bercakap dengan aku?

Walaupun kelibat itu sudah hilang di depan mata, aku masih berdiri tegak di situ sambil merenung rumahnya.

"Safi!"

Aku tidak menyahut panggilan papa. Malah, meneruskan langkah masuk ke dalam rumah dengan langkah lemah. Masuk saja ke dalam rumah, kelima-lima pengawal peribadi aku sedang berdiri dengan tangan di belakang dan kepala menunduk seperti budak kecil kena marah.

Satu tangan menyentuh bahu aku membuatkan spontan aku alih perhatian.

"Kenapa... dia orang semua dekat sini?" Soalku kehairanan.

"Dah 5 orang, Safi. Tapi satu pun tak ada yang jaga kamu dengan elok. Jadi, papa dah buat keputusan untuk tukar pengawal peribadi kamu yang lain."

Sungguh, aku terkejut! Membuntang mataku tidak percaya. Aku memandang sekilas kelima-lima mereka yang masih menunduk menekur lantai sebelum kembali memandang papa dengan riak yang baru lepas melepaskan kemarahan.

"Tak, papa tak boleh buat macam tu!"

"Kenapa pula tak boleh? Papa dah tahu semuanya dari abang kamu apa yang kamu pernah alami selama ni seorang-seorang. Jadi papa ada alasan untuk pecat dia orang! Dan keputusan papa muktamad! Safi satu-satunya anak perempuan papa. Jadi kalau boleh, papa nak kamu dijaga dengan baik sama ada papa ada, atau tak ada. Tapi dia orang pula..." Papa melepas keluhan.

"...dia orang langsung tak jaga kamu sampai kamu hampir kena ratah dengan jantan tu. Papa dah tak sanggup tengok kamu cedera teruk macam hari tu lagi. Papa upah sampai 5 orang untuk jaga kamu seorang. Tapi kenapa kamu masih kena kacau? Sebab dia orang tak jaga kamu dengan elok!"

"Itu sebab Safi yang tak pandai jaga diri, pa. Safi yang selalu jalan seorang-seorang. Sekalipun Safi dah pandai jaga diri, tapi tetap benda tu berlaku, papa anggap sajalah itu takdir."

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now