54

254 32 34
                                    

SUNGGUH perlahan mama berjalan di depanku membuatkan aku yang mengekori langkahnya di belakang, turut perlahankan langkah.

Aku dan mama kini berjalan memasuki satu lorong khas untuk bilik-bilik wad persendirian. Mama berjalan seperti dalam keadaan lemah. Namun, aku di belakangnya, dilanda tanya tanya.

Mama nak lawat siapa sebenarnya ni?

Dan tiba-tiba, mama akhirnya berhenti melangkah. Badannya berpusing menghadap pintu bilik wad yang tertutup itu. Begitu juga aku.

Tangan aku tidak semena digenggam oleh mama. Mama memandang aku dengan mata yang sudah berair.

"Kuatkan diri Safi, ya?"

Dahi aku berkerut. Namun, aku tetap mengangguk akur dengan kata mama. Eryna Safiya, kuat!

"Kamu masuklah. Mama tunggu luar."

"Siapa yang sakit, ma?"

Namun, mama menggeleng dengan mata memerah menahan tangis yang mungkin bakal mencurah deras dari mata.

Disebabkan perasaan ingin tahu, tangan aku mula naik memegang tombol pintu dengan jantung yang mengepam darah laju. Dengan lafaz bismillah, aku akhirnya masuk ke dalam tanpa mengetuk pintu.

Terkuak saja pintu wad itu, pandangan aku tertancap pada satu susuk tubuh yang sedang terbaring lemah di atas katil dengan sebuah mesin yang aku rasa aku tahu mesin apa itu.

"Allah..!" Melihat jasad itu, lutut aku automatik berasa lemah dan membuatkan aku terjatuh terduduk di depan pintu.

"Ya Allah, Eryna. Bila kamu sampai?" Suara Mak Cik Salmah yang sememangnya ada dalam bilik itu menghampiri aku yang sedang terduduk lemah atas lantai.

Air mata mula bertakung.

"Ab-abang Faiq..." aku nak berlari ke arahnya. Namun, kaki aku terasa lemah.

"Sabar, Eryna. Mak cik pun tengah kuatkan diri mak cik sekarang ni." Dapat aku dengar yang Mak Cik Salmah juga sudah mengeluarkan tangisan.

Entah bagaimana aku harus mengeluarkan kata untuk menjelaskan keadaan Abang Faiq kini. Soalan aku hanya satu, apa yang dah jadi padanya sehingga dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan?


















































TERSEDU-SEDAN aku cuba mengawal tangisan untuk mendengar penjelasan dari Mak Cik Salmah dan Pak Cik Suib tentang Abang Faiq.

"Semalam, dia baru jalankan ujian untuk mengesahkan kematian otak. Dan hasilnya...macam yang kamu tengok sekarang ni, Eryna. Faiq takkan sedar. Sampai...bila-bila..." beritahu Pak Cik Suib.

Mulutku sedikit ternganga dek terkejut.

"Apa maksud, pak cik yang Abang Faiq takkan sedar sampai bila-bila?"

"Punca Faiq kematian otak adalah disebabkan pendarahan yang berlaku semasa dia dan kawan dia ditimpa kemalangan di jalan raya, Eryna. Masa kejadian tu, polis ada bagitahu pak cik yang itu bukan disebabkan kemalangan tanpa sengaja. Tapi berkemungkinan ada orang yang memang cuba-cuba nak bunuh Faiq sekaligus tanpa sengaja, kawan Faiq yang ada dalam kereta tu pun tercedera parah sama."

Tercungap-cungap nafas aku yang mula ingin menangis. Terasa lutut semakin lemah, pantas tangan memaut palang katil Abang Faiq. Wajah pucat itu aku renung. Dan selepas itu, alat bantuan pernafasan itu pula aku pandang.

"Faiq dah tak ada, Eryna...dia dah tak ada."

Laju kepala aku berpaling memandang kedua wajah sugul itu.

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now