PEJAM celik pejam celik, esok sudah hari terakhir peperiksaan pertengahan tahun. Kiranya, aku juga sudah hampir 2 bulan bersekolah di sini. Dan hari terakhir itu ialah subjek matematik! Jadi aku memutuskan untuk stayback hari ini demi belajar sendiri di perpustakaan sekolah. Bukan apa, tapi nanti kalau dah balik sekolah... aku akan penat.
Bila penat, aku akan tidur. Bila tidur, aku dah tak ada mud nak belajar. Bila dah tak ada mud nak belajar, sudah tentu-tentunya esok tak mustahil kalau kertas soalan matematik aku kosong tak berjawab hanya sebab tak tahu nak buat jalan kerja!
"Eryna ku sayang... bolehlah aku ikut kau stayback..." Buku teks matematik yang sengaja aku baca dengan cara berdirikan buku itu, ditolak-tolak Fasha dan membuatkan bacaan aku untuk faham formula jadi terganggu.
"Tak boleh! Nanti aku tak belajar jadinya kalau kau ada." Sudah banyak kali aku bagitahu dia benda yang sama. Tapi Fasha yang buat-buat tak faham! Aku sudahlah jenis yang tak suka belajar ramai-ramai.
"Eleh, kedekutlah kau ni! Orang cuma nak ikut teman dia belajar je. Lagipun aku bosanlah duduk rumah tu. Bukan ada apa pun. Ish!" Aku dapat rasakan yang Fasha sudah menarik muncung itik.
Sudahnya, aku menolak tepi buku teks matematik itu. Keluhan dilepaskan perlahan sebelum anak mata bertentang Fasha di depan. Kan betul aku cakap. Dia buat muncung itik dia tu!
"Daripada kau buang masa merayu-rayu dengan aku yang memang takkan bagi green light, lebih baik kau pergi bertugas jaga blok sana. Takut nanti ada budak rehat dalam kelas pula macam aku."
"Hari ni bukan jaga bloklah!"
"Habis tu?"
"Hari ni jaga kantin!"
"Ha! kalau macam tu, pergi jaga sana. Shuh..." halau aku tak berperasaan. Alah, Fasha sendiri tahu yang itu cuma gurauan je.
"Kau ni..." Fasha mula merengek seakan anak kecil.
"Tak boleh!"
"Bolehlah kasi aku ikut...nanti kalau ada yang kau tak faham, kau boleh tanya aku! Aku ni selalu tergolong dalam top 5 yang pandai matematik tahu? Baik kau bagi aku ikut!"
Aku masih menggeleng kepala. "Lagi-lagi itu aje ayat yang kau ulang. Muak aku dengar!"
"Alah, tapi..." Fasha berdecit. "Masalahnya aku betul-betul nak ikut kau stayback lah! Duduk rumah tu bukan ada apa-apa. Yang ada cuma benda sama! Gaduh, gaduh gaduh. Aku muaklah gaduh dengan dia orang setiap hari!"
Aku terdiam.
"Eh?! T-tak, maksud aku...aku bosan duduk rumah sebab asyik buat benda sama. Tidur, tidur, tidur. Tu yang muak tu!" Fasha cuba berdalih walaupun dia sendiri tahu yang aku dapat dengar dengan jelas apa yang dia katakan tadi.
"Kenapa sampai tiap-tiap hari? Kau gaduh dengan siapa? Pasal apa?"
"Bila masa pula aku cakap aku bergaduh? Me...merepek ajelah kau ni! Eh, dahlah. Aku...aku nak pergi bertugas dulu dekat kantin. Pasal stayback tu, aku rasa-"
"Aku bagi kau ikut aku." Cantasku laju. Namun, ada sesuatu yang aku rancangkan dalam kepala.
"Serius?!" Fasha berubah wajah ceria. Tadi dia nampak terkulat-kulat mahu mengelak dari aku. Tapi sekarang, dia sudah teruja mahu ikut aku.
Aku mengangguk mengiyakan.
"Dengan syarat, kau kena ceritakan dekat aku pasal yang kau terlepas cakap tadi. Kalau kau tak nak, tak perlu ikut!" Cara mengugut aku gunakan.
Fasha terdiam lama. Dan aku masih menanti jawapan yang terkeluar dari dia. Tadi aku tak nak dia ikut. Tapi sekarang, aku berharap yang dia pun ikut sama.
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...