JAM sudah menunjukkan pukul 4 petang dan aku sudah jatuh terduduk di lantai gelanggang dengan nafas tak teratur. Tapak kaki terasa bahang dek asyik belajar menghentak-hentak selama berjam! Daniel duduk bersila di hadapanku. Dia nampak kacak dengan baju sukan full set Adidas berwarna hitam. Tapi mengenangkan yang aku banyak kali di denda, aku tarik balik pujian itu.
"Penat?" Soalnya.
Aku pandang Daniel tak puas hati. Lepas apa yang dia dah buat dekat aku, boleh dia tanya macam tu? Tapi aku tahu soalan itu sekadar ingin mengejek aku yang lelah kini. Huh!
"Kena denda lagi penat daripada latihan. Huh!" Rengusku luahkan rasa ketidak puas hati.
Daniel gelak. Ah, gelak dia tu menjengkelkan!
"Sorry lah. Aku cuma nak bagi stamina kaki kau kuat bekerja. Itu aje. Yelah, aku penat suruh kau hentak betul-betul. Tapi apa kau buat? Main-main bila aku marah! Mentang-mentanglah aku layan kau seorang je baik, kau balas aku macam ni? Padan lah muka!" Kepala aku yang berbalut tudung labuh hitam ditunjal.
Aku jungkit bibir atas. Malas pandang dia, aku pandang langit biru yang cerah di atas. Penat lelah yang terasa semakin hilang apabila ketenangan kini mula menyapa diri setelah melihat indahnya ciptaan Dia.
"Langit tu cantik, kan? Tenang je bila tengok dia cerah macam tu." Ujarku cuba menghilangkan suasana sepi antara kami. Nafas yang tidak teratur tadi kian hilang.
"Kau pun cantik apa. Tenang je bila tengok kau pakai pakaian macam ni."
Aku tersentak. Mataku beralih memandang Daniel yang tenang memandang aku. Aku kemam bibir cuba menyorok rasa malu bila dipuji sebegitu. Pakaian full set yang diberikan olehnya tadi aku pakai. Terasa lebih selesa berbanding pakaian yang sebelum ini aku pakai. Dan semestinya hoodie muslimah itu menjadi pilihan aku untuk pakai hari ni.
Aku pura-pura pecahkan tawa sambil tangan menutup mulut tidak mahu nampak sikap aku yang tidak sopan.
"Kenapa kau bagi aku benda tu semua?" Soalku ingin tahu.
"Siapa kata aku bagi?"
Dahiku berkerut. Sudah! Siapa pula yang bagi?
"Habis tu? Dari siapa barang tu?"
"Kalau kau nak tahu, sesetengah perempuan ni selalu lupa 3 perkara sebelum keluar rumah," Tiga jari ditunjuk. Soalan yang aku tanya tadi dibiar berterbangan di bawa angin.
Namun, aku sudah mula tertanya. 3 perkara sebelum keluar rumah?
"Apa dia 3 perkara tu?" Rasa tertarik pula untuk ambil tahu.
"Aku harap, lepas aku bagitahu 3 perkara ni... kau dah boleh ingat selalu setiap kali keluar rumah,"
Aku diam dan tunggu dengan sabar perkara yang dia nak bagitahu.
"3 perkara yang aku maksudkan tu ialah, perempuan selalu lupa untuk tutup lengan dia orang sampai pergelangan tangan. Itu satu. Yang kedua, dia orang selalu lupa yang tudung tu kegunaan dia bukan untuk balut rambut. Tapi untuk tutup rambut dan labuhkan sampai bawah dada. Yang ketiga, dia orang lupa yang kaki dia orang pun aurat."
Aku terkedu lama.
"Tuhan kau ada pesan dalam kitab suci kau orang dalam surah al-Ahzab, 'hendaklah mereka menutupkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka'. Jilbab tu bukan tudung. Tapi pakaian yang menepati syariah Islam."
Namun, ada sesuatu yang aku hairan dengan ayatnya. Bukan sekali aku dengar. Mungkin sudah 2 kali ayat yang dilemparkan itu menjadikan aku tertanya. Tapi dalam hati aku tika ini tak dinafikan yang aku agak terasa dengan tazkirah Daniel.
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...