43

186 30 20
                                    

SUSUNAN kemah yang sudah siap dihias cantik itu, menambahkan lagi suasana padang sekolah hari ini tampak lebih meriah dengan pelbagai jenis kreativiti masing-masing dalam menghias rumah sukan masing-masing.

Tali kasut sukan aku kemaskan sebelum masuk ke dalam barisan peserta yang ikut lari 1500m. Terasa dada berdebar hebat seolah mahu mengatakan pada diri yang aku tengah gementar. Nak-nak lagi pesaing aku semuanya selalu aktif dalam sukan kata pelajar lain. Eh, aku pun aktif dalam sukan juga masa dekat sekolah papa dulu. Aduh, Safi...takkan masih tak biasa dengan situasi macam ni?

Tapi, ada sesuatu yang aku lebih risaukan sekarang. Iaitu, Fasha. Dia di rumah sukan hijau. Dan Fasha juga pernah cerita dekat aku yang dia aktif dalam bidang kokurikulum. Jadi, tak mustahil yang dia pun pro dalam hal larian ni.

Dari pandangan dekat, Fasha pamer pada aku senyum senget. Lebih kepada maksud, senyum sinis. Namun, aku mengalihkan perhatian. Malas nak berlawan mata bagai.

Dan tika itu juga, mata aku tertancap pada ketujuh-tujuh mereka yang berlagak macho pagi-pagi ini. Siapa?

Tentunnya lima orang itu ialah bodyguards aku, dan seterusnya ialah Abang Afiq. Manakala yang terakhir aku pandang ialah, Abang Faiq. Dia juga sedang memandang aku dari jauh sambil tangannya diangkat sebagai tanda sapaan. Dan aku membalas sapaan itu dengan senyuman manis.

"Siap sedia masuk ke barisan sekarang!"

Lantas, peserta perempuan atas dalam larian 1500m, masuk ke garisan. Semakin permainan mahu bermula, semakin hebat aku berdebar sehingga dapat didengar dengan telinga sendiri degupan jantung yang laju.

"Ke...garisan..."

Kami mula berlutut dengan kedua tangan menyentuh jalan larian.

"Sedia..."

Punggung sedikit diangkat.

"Mula!" Wisel ditiup. Serentak itu kami mula berlari. Awalnya berlari mengikut lorong masing-masing. Tapi makin lama, kami perlu masuk ke lorong satu. Suara-suara yang bersorak sudah tidak diendahkan. Yang aku fikir sekarang, Fasha sudah berada di belakang aku dan cuba untuk memecut! Dan aku pasti ada benda yang bakal terjadi antara aku dan dia.

Beberapa pusingan telah dibuat,

Nafas aku mula tercungap-cungap. Namun, itu bukan alasan untuk aku perlahankan larian. Terasa seperti aku yang paling depan, jadi aku teruskan hingga ke pusingan terakhir.

Sehinggalah aku nampak dua cikgu di depan telah mengangkat kain putih di paras pinggang mereka, aku makin maju ke depan dengan langkah yang lebih laju.

"Argh!"

Ya, aku yang jatuh terjelupuk. Ngam pula, jatuh depan Abang Faiq yang berdiri di luar kawasan larian. Damn! Jatuh maruah aku. Fasha dan seorang lagi telah berjaya melepasi kain putih itu menandakan mereka ialah pemenang bagi tahun ini. Tika itu juga, seorang lagi baru tiba melepasi kain putih itu juga sekaligus kuota pemenang pada tahun ini telah pun penuh.

Aku berdecit kasar kegeraman sehingga membuatkan kedua tangan aku spontan memukul tanah dengan kuat. Sudah tidak peduli sakit di tangan. Yang dipeduli sekarang ialah, Fasha! Dia main tipu!

Kini, aku yang terduduk di luar kawasan larian hanya mampu memicit dahi dengan kuat. Argh! Geramnya!

Dalam tak puas hati, aku ambik keputusan untuk keluar dari kawasan larian dan menjauhi mereka dengan perasaan bengang.

"Bodoh punya Fasha!" Carutku sambil berjalan menuju ke kantin. Panggilan dari mereka-mereka yang memanggil, aku hiraukan.

Sesampai saja di kantin, kaki melangkah ke arah bahagian yang menjual air mineral.

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now