44

211 34 32
                                    

HARI demi hari berlalu. Dan hidup aku terasa kosong tanpa seorang kawan. Tapi aku rasa, aku dah tak perlukan kawan lagi. Sebab aku rasa, aku dah muak kecewa hanya sebab satu hubungan itu, 'kawan'. Cukup siapa yang tegur aku, aku tegur dia balik. Itulah prinsip baru aku.

"Minggu depan kamu dah mula ujian terakhir kamu di fasa sekolah menengah. Jadi, saya cuma boleh doakan supaya anak murid saya, berjaya. Tapi, kalau keputusan kamu tak memuaskan, mohon tawakal. Anggap ini sebagai permulaan buat diri sendiri untuk ujian-ujian yang seterusnya di peringkat kolej atau universiti. Masih ada banyak peluang untuk berjaya. Sebab, berjayanya seseorang itu bermula dari kegagalannya. Okey? Jadi, semoga berjaya." Ucap Cikgu Azam dengan wajah serius. Namun, di akhir ucapan, dia menggaris senyum.

Mendengar ucapan Cikgu Azam, aku turut tersenyum seolah kata-kata itu membakar semangat aku untuk mencapai keputusan SPM yang cemerlang. Dulu, setiap kali aku dapat keputusan yang cemerlang, aku tidak pernah bagitahu pada sesiapa perihal itu. Hanya aku seorang saja yang tahu bagaimana stuggle nya aku berusaha untuk mendapat keputusan yang baik dan bagaimana rasanya melihat gred yang baik. Dan kebanyakan orang, hanya ingin tahu hasil daripada bertanya bagaimana seseorang itu berusaha dan bangkit sehingga boleh sampai ke tahap begini.

Keputusan peperiksaan akhir tahun bulan lalu pun aku telah dapat nombor tiga dalam kelas. Tak dapat straight A. Tapi straight B.

"Sebab, berjayanya seseorang itu mulanya dari kegagalan."

Ayat yang sama Daniel pernah utarakan pada aku tika pertama kali kami berdua lepak bersama. Dan ayat itu kini, Cikgu Azam yang gunakannya untuk beri kata semangat.

Aku membuang pandang ke tingkap di sebelah. Terasa angin sepoi-sepoi masuk menambahkan ketenangan dalam diri. Cikgu Azam yang sedang mengajar di depan sudah tidak dihiraukan.

Setelah kejadian malam yang aku call Daniel hari itu, aku sudah tidak bertembung lagi dengannya di sekolah. Bukan saja di sekolah, tapi di rumahnya pun seolah tiada kelibatnya di situ. Rumahnya seolah tiada penghuni. Aku sedar, aku salah. Aku terlalu ikutkan emosi sampai tak fikir yang kata-kata aku akan menambahkan sakit hatinya. Mungkin sekarang dia dah bencikan aku.

Namun begitu, aku merasakan perasaan kurang enak. Entah apa yang buatkan aku rasa macam tu. Jadinya, aku mengeluh sebelum kembali memandang Cikgu Azam di depan.

"Oh, ada lagi satu perkara yang saya nak cakap kalau ada yang belum tahulah." Tampak serius wajah itu.

"Apa dia, cikgu?" Khairil menyampuk.

Aku hanya memasang telinga. Teringin juga nak tahu.

"Salah seorang pelajar harapan sekolah kita, dia ambik keputusan untuk berhenti sekolah baru beberapa hari lalu."

Serentak satu kelas membuat reaksi terkejut. Namun, bukan aku. Aku hanya tenang mendengar.

"Saya pun kurang pasti apa sebabnya dia bertindak macam tu. Tapi, saya kalau boleh, tak naklah kamu semua bertindak sampai berhenti sekolah macam tu dah nak dekat SPM ni. Ingat, sekalipun ada masalah, jangan sampai buat diri sendiri menyesal tak sudah hanya sebab satu masalah tu. Faham?"

Ada yang menyahut, ada yang sekadar membalas dengan gelengan. Dan ada yang cuma diam, iaitu aku.

Dan setelah itu, Cikgu Azam kembali menyambung mengajar. Aku turut memfokuskan diri pada pelajaran. Bayangan tentang Daniel sudah hilang dari minda.



















"CIK SAFI, SAYA NAK TAMBAH ANGIN SEKEJAP." Ucap Abang Adam seraya keluar dari kereta setelah aku angguk membenarkan.

Melihat Abang Adam sudah mencangkung di bahagian tayar depan, aku menyandarkan tubuh ke sandaran kerusi lalu kepala dilentokkan ke tingkap kereta. 

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now