58

294 30 12
                                    

SEJAK dapat pulang dari hospital pagi tadi, aku langsung berkurung dalam bilik sehinggalah malam menjelma lagi.

Di tempat yang sama, aku duduk memeluk lutut dengan kepala melentok di birai katil kali ini.

Tiba-tiba, telefon berdering meminta diangkat panggilan. Awalnya aku malas hendak melayan sedang dalam mood begini. Tapi pemanggil itu pula langsung tidak mahu putus asa untuk call aku.

Aku merengus perlahan sebelum tangan menggapai telefon yang berada atas katil.

Nombor yang tidak dikenali tertera di skrin. Lambat-lambat aku menjawab.

"Hello? Eryna ke, ni?"

Kedengaran seperti suara orang lelaki. Jadinya aku diam tidak bersuara.

"Eryna Safiya? Ni aku, Erman." 

Tegak terus badan aku.

"Aku tahu kau masih sedih sebab Daniel dah tak ada. Tapi, boleh kita berjumpa sekejap? Aku ada hal penting nak cakap dengan kau pasal arwah."

"Nak jumpa dekat mana?" Aku mula bersuara dengan nada perlahan. Entah dia dengar atau tidak, aku tak peduli.

"Aku dah berdiri depan pagar Vila Dahlia ni. Itu yang aku call kau nak kepastian. Ini ke rumah kau?"

Dalam keadaan lemah, aku memutuskan talian seraya bangun dari duduk dan melangkah menghampiri almari untuk memakai pakaian yang sesuai buat berjumpa dengan Erman yang dah menunggu di bawah.

Sebaik saja kaki aku memijak anak tangga terakhir, dapat aku lihat dengan jelas walaupun dalam keadaan lemah, yang mama menghampiri aku.

"Safi nak pergi mana lagi ni, nak?" Lengan aku disentuh mama.

Aku hanya diam. Bukan saja-saja. Tapi aku betul-betul rasa tak larat. Mungkin aku mula demam sekarang.

"Panasnya dahi! Sudah, pergi rehat dalam bilik sana, Safi!"

Aku menggeleng lemah seraya menepis perlahan tangan mama yang masih melekat di dahi lalu berlalu keluar.

Pintu pagar vila di bahagian tempat orang masuk, aku buka. Buka saja, mata aku menangkap susuk tubuh Erman yang berpakaian serba hitam dengan kot panjang disarungkan di tubuh.

"Masuklah..."

"Terima kasih."

Baru aku nak melangkah masuk semula ke dalam rumah, Erman memanggil.

"Boleh tak kita cuma duduk dekat gazebo tu? Lagipun aku tak boleh lama ni." Jarinya menunjuk ke arah gazebo yang dibina ringkas itu.

Aku membalas dengan anggukan lalu mempersilakan Erman duduk di situ. Aku kemudian duduk berhadapan dengannya. Meja bersaiz sederhana besar itu menjadi penghalang kami berdua duduk rapat.

Tanpa berkata apa-apa, Erman meletakkan sebuah kotak segi empat sama yang berwarna hitam tanpa corak di atas meja itu.

"Ini...dah lama Daniel nak bagi benda ni dekat kau. Tapi tak kesampaian lepas dapat tahu kau dah jadi tunangan orang. Jadinya, dia simpan aje benda ni."

Lama aku terdiam.

"Dia takut dia pula jadi punca kau dengan Faiq bergaduh macam kau dengan seorang perempuan bernama Fasha bergaduh dulu."

"Tapi Abang Faiq tak macam tu..." ya, aku kenal Abang Faiq. Abang Faiq jenis yang memahami.

Erman menjungkit bahu.

"Kan aku kata, dia cuma takut."

Kotak itu aku ambil. Masih tak rasa nak buka penutup kotak itu sekarang. Jadi, aku hanya mengusap-usapnya.

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now