AKU berlari laju menaiki tangga seboleh yang mungkin dengan kain sekolah yang aku sising naik hingga paras lutut. Ah, aku dah lambat! Awal kelas ni dahlah kelas cikgu Rafidah selaku cikgu disiplin yang mengajar kelas aku subjek Ekonomi. Kelas mula tepat jam 7.30, tapi cikgu tu selalu masuk 7.20 dan aku baru sampai sekolah 7.40! Aku tak faham betul jenis cikgu yang suka masuk kelas awal-awal lebih dari muridnya ni.
Tanpa pedulikan pandangan orang dalam sekolah ni, aku teruskan pelarian. Pintu masuk dekat hujung, kelas pun terletak di blok hujung. Memang kalau boleh jauh lagi kelas aku tu. Huh!
"Eryna?"
"Tepi, tepi, tepi, Dani! Tepilah aduh!" Dia yang terpinga-pinga aku tolak sekuat hati hingga dia terjatuh terjelupuk. Terus larian aku terhenti semerta. Aku patah balik pada tempat Daniel jatuh.
"Dani! Kan aku dah suruh tepi tadi. Ha tengok, dah jatuh! Nak bangun, bangun sendiri. Aku cuma nak cakap sorry dan bye!" Siap lambaian aku berikan padanya yang terkebil-kebil pandang aku. Larian aku kembali bersambung sehinggalah aku berjaya sampai ke kelas.
Badanku membongkok penat berlari. Aku cuba mengatur nafas yang tercungap-cungap. Peluh di dahi aku lap dengan tangan. Kelas langsung tidak mengeluarkan bunyi. Jadi, aku memberanikan diri untuk angkat kepala dan...badan aku kini automatik kembali tegak dengan mata sudah membuntang terkejut besar bila tengok orang di depanku kini. Tidak lupa juga dengan mulutku yang turut melopong dek terkejut.
Dengan selamba, lelaki tegap kacak berpakaian kemeja hitam dipadankan dengan tali leher bercorak dan berseluar slack hitam dan lain-lain bahagiannya yang kemas itu melangkah menghampiriku sambil tersenyum penuh tersirat.
"Apa lagi yang tercegat dekat sini? Cepat masuk dalam kelas. Nasib awak baik sebab saya baru saja sampai ke kelas ni dan ini hari pertama saya."
"Ab-ab-"
"Dah, saya tak ada masa nak dengar alasan orang hari ni. Saya maafkan awak. Cepat masuk!" Tegas dia berkata.
Aku tersentak. Dengan minda yang penuh tanda tanya, aku masuk saja dalam kelas seperti biasa lantas mengambil tempat duduk paling belakang.
"Baiklah, tadi kamu semua dah tahu nama saya, jadi... ada eloknya kalau saya tahu nama kamu semua pula. Tapi, saya nak dimulakan dengan pelajar mata empat yang baru datang tadi. Awak, sila bangun kenalkan diri." Tangannya siap persilakan aku untuk berdiri.
Pelajar lain mula gelak senyap-senyap tatkala 'cikgu' lelaki muda di depan itu memanggil aku 'pelajar mata empat'.
Aku ketap gigi menahan marah. Riak wajah sedaya upaya aku buat riak sombong sambil mata memandang tajam pada 'cikgu' di depan itu.
"Cepatlah bangun. Saya nak terus mulakan kelas pertama kita ni." Dengan tenang dia berkata.
Nak tak nak, aku berdiri sambil tidak henti beri pandangan dingin padanya di depan. Tiada sekelumit senyum pun meniti di bibir.
"Since awak datang lambat tadi, awak tak tahu lagi nama saya kan?"
Tanpa suara yang keluar, aku gerakkan mulut mengatakan 'tak' dan lelaki itu hanya balas dengan senyuman.
"Jadi, apa nama awak, mata empat?"
Lagi sekali, aku diketawakan oleh pelajar-pelajar kelas ini. Ah, dia memang cari pasal!
"Eryna," Nak tak nak, aku bagitahukan saja namaku.
"Takkan Eryna saja? Bagitahulah nama bapa sekali. Senang sikit saya nak kenal bapa kamu yang mana satu bila-bila kamu ada buat masalah dekat sini,"
Aku gigit bibir bawah cuba tahan geram.
"Nama saya, Eryna Safiya binti Muzaffar,"
"Oh! Kebetulan pula nama bapa kita sama. Nama saya Afiq Rizqy bin Muzaffar. So... hai!" Senyuman mengejek dia pamerkan padaku.
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...