"DANIEL..." tangan memeluk tubuh dengan mata mencerlung Daniel penuh berharap yang lelaki itu akan jelaskan pada aku semuanya.
Namun, Daniel yang sedang duduk bersandar di bangku gelanggang depan rumah kami itu sekadar buat-buat korek telinga menggunakan jari. Riak wajahnya langsung tiada rasa seperti apa-apa.
"Aku perlukan penjelasan dari mulut kau sendiri. Tolonglah, Daniel. Bagitahu aku semua pasal kau." Aku mula melabuhkan punggung di atas bangku yang sama.
"Penjelasan apa?"
"Penjelasan pasal diri kau. Aku nak tahu semua pasal kau. Aku nak kenal lebih dalam pasal diri kau. Apa yang kau cuba sembunyikan dari aku selama kita berkawan, Daniel? Cakaplah!"
Jeda.
"Daniel..." Suaraku bertukar kendur.
Aku nampak, Daniel melepaskan keluhan.
"Jadi, dia dah bagitahu kau pasal aku?"
Aku faham 'dia' yang dimaksudkan Daniel. Jadinya, aku anggukkan saja kepala mengiyakan katanya.
"Apa yang dia dah cakap dekat kau?"
"Dia cuma bagitahu aku yang dia kenal kau lebih lama dari aku. So that, dia lebih tahu perangai kau yang sebenar macam mana. Jadi, aku perlu tahu semua tu, Daniel. Dia cuma tipu, kan? Kau tak macam tu, kan?" Ada nada kecewa tika aku melontarkan soalan itu padanya. Separuh hati mengatakan yang Daniel macam yang dicakapkan Fasha. Tetapi separuh lagi tidak. Oleh sebab ini, aku perlukan penjelasan dari mulut Daniel sendiri. Seberapa lama lelaki itu mahu terus-menerus menyimpan rahsianya dari aku?
"Kau percaya cakap dia?"
Sejenak aku terdiam. Memanglah semalam aku yakin dengan diri aku yang aku lebih percayakan Daniel berbanding Fasha. Tapi... perkara ini terus-menerus bermain di fikiran membuatkan minda aku kacau! Tapi aku tak nak kecewakan Daniel.
"Aku percayakan kau."
Tika itu, baru aku nampak secalit senyuman Daniel yang tampak lain dari yang lain hari ini.
"Dia...mesti ada cakap yang aku ni gila, kan?" Duga Daniel dengan suara keruhnya. Nampak yang lelaki itu kecewa dan sedih. Jujur, aku simpati dengannya.
"Ya, dia ada cakap. Tapi aku tak percaya! Kau bukan macam tu, kan? Kau normal, Daniel. Kenapa orang-orang nak cakap yang kau ni gila? Apa yang dia orang tak puas hati sangat? Cuba bagitahu aku celah mana yang dia orang duk cakap gila pasal kau tu?!" Tiba-tiba saja aku pula yang emosi.
"Muka hensem macam ni pun dikatakan gila? Ish! Mustahillah!" Sambungku lagi.
Serentak itu, kedengaran suara tawa Daniel. Tidaklah ketawa berdekah. Dia hanya tertawa kecil. Aku merenungnya hairan.
"Eh, kau gelak apa?! Aku tengah serius ni."
"Manusia, kalau dah selalu kena tekanan, boleh bawa penyakit, jiran. Tak kira dia tu siapa. Tak kira darjat, tak kira pangkat, darah, atau kelahiran. Namanya manusia, bila selalu stress, logik kalau pendirian kita berubah dari yang asal."
"Ha!"
Daniel bereaksi agak terkejut dengan sergahan aku yang tiba-tiba.
"Apa kau ni?" Marahnya yang tak serupa marah.
"Mana ada orang gila bercakap macam pakar psikologi ni semua! Kau selalu tegur aku bila aku ada salah. Termasuk aurat aku. Itu dah cukup membuktikan yang kau bukan termasuk golongan macam tu! Haishlah... aku marah ni." Omelku tidak puas hati. Masalahnya, aku tak tahu nak marah siapa sebenarnya ni.
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...