46

189 35 25
                                    

GAUN labuh berwarna hijau emerald itu dipadankan di tubuh. Setelah itu, tudung bawal hijau cair pula disarungkan bagi menutup kepala. Agak sedikit payah aku membetulkan awning tudung itu dek kain yang jenis chiffon. Bukan itu saja. Tudung itu turut menjadi sedikit berat tatkala tersarung di kepala oleh sebab tudung yang dipakai ialah tudung bidang 60.

Selepas saja habis SPM sebulan lepas, aku memutuskan berubah secara perlahan-lahan bermula dari segi pakaian, dan baru yang lain-lain.

Pertama kali pakai, memang rasa panas. Tapi siapa tahu? Berpanas-panasan dalam usaha menutup aurat itulah yang boleh menjamin kita masuk ke Syurga-Nya. Jika di dunia, kita sebagai seorang wanita, dapat menjaga maruah dan diri dari pandangan ajnabi. Tapi, jika ada ajnabi yang masih memandang walaupun kita sudah bertutup, merekalah yang salah. 

Itu yang telah diajarkan padaku oleh Aisyah. Adik Abang Zairul.

"Wah...cantiknya kau, Eryna..!"

Spontan aku berpusing memandang Aisyah yang telah masuk ke dalam bilikku sambil tangan sebelah masih sibuk cuba memasang pin di bahu.

Aisyah menghampiri aku sambil tersenyum manis.

"Dah pakai handsock dengan stoking?" Soalnya yang kini berdiri di depanku.

"Mestilah dah." Kedua tangan dan kaki yang tersorok di sebalik kain labuh gaun itu aku tunjuk padanya.

"Cantik! Okey, sebelum kau turun...aku nak kau pakai benda ni dulu." Sesuatu dikeluarkan dari belakang tubuh.

Setelah ditunjuk depan mata, aku menekup mulut tidak percaya.

"Mana kau dapat crown ni?!" Soalku teruja.

"Beli dekat shopee je aku mampu, Ryn. Sorry lah kalau aku tak mampu nak bagi kau permata yang betul." Ujarnya sebelum mahkota itu disarung atas kepala yang sudah berbalut tudung.

"Ish, aku tak kisah langsunglah benda tu berjenama atau tak. Yang penting, cantik! Dah, aku nak tengok depan cermin ni sekejap." Terus aku kembali memandang cermin besar itu.

"Weh, cantik juga aku ni eh?" Kedua tangan aku menyentuh pipi.

"Ya, Eryn. Kau cantik sejak lahir!" Perli Aisyah. Aku ketawa.

"Manalah aku sedar. Selama ni aku tahu yang aku ni comel je. Tak sangka pula hari ni nampak gojes semacam." Tersenyum simpul aku puji diri sendiri.

"Alah, puji diri sendiri je. Aku yang dah pakai cantik-cantik macam ni pun kau tak nak pujikan, en? Penat-penat aku siap cantik-cantik semata nak datang majlis birthday girl ni."

Sudah, dia tarik muncung pula.

"Minta aku puji kau buat apa? Ni, lepas ni kalau Abang Adam kau datang, tak payah minta dia puji pun, dia dah puji kau dulu!" Usikku. Bukan aku tak tahu yang Aisyah ni lebih tertarik dengan ketampanan Abang Adam berbanding pengawal-pengawal aku yang lain setiap kali dia datang ke Vila Dahlia ini.

"Kalau yang itu, tak payah pun tak apalah! Dahlah, kau! Aku nak turun dulu. Nanti kau turunlah sendiri. Hmph!" Dengan muka memerah, dia terus keluar dari bilikku. Pintu ditutup kuat.

Aku pula sekadar tertawa kecil melihat gelagat Aisyah yang malu-malu. Macam mana aku boleh tahu dia lebih tertarik dengan Abang Adam? Sebab, setiap kali Abang Zairul bawa dia datang sini atas permintaanku, pasti pengawal-pengawal yang setia bersamaku berada di Vila Dahlia ini.

Pernah Abang Zafir, Abang Ariq, dan Abang Raqiff cuba menegur Aisyah dengan ayat masing-masing. Tapi, hanya Abang Adam saja yang tidak cuba menegur. Maklumlah juga, dalam lima pengawal sengal aku ni, hanya Abang Adam yang tampak matang dan bersikap dingin walaupun kadang-kadang masuk air.

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now