LANGIT semakin menginjak malam sekaligus membuatkan suasana pantai semakin gelap tanpa cahaya. Namun itu bukan bermaksud aku perlu berhenti meneruskan larian untuk mencari sekujur jasad yang bernyawa bernama Daniel Bryan.
Pengunjung berpasangan yang ada tadi pun sudah tiada duduk lepak di sini lagi, inikan pula Daniel yang masih mahu duduk berseorangan seperti tunggul kayu menunggu orang.
Terbit rasa bersalah. Aku akhirnya berhenti mencari di pantai dan berlalu ke tempat lain. Dah macam bukan lawatan pula aku ikut ke sini. Yelah, suka hati saja keluar sana sini tanpa bagitahu guru. Alah, aku peduli apa?
Dalam beberapa minit mencari lagi, aku berhenti melangkah. Dahi ditepuk perlahan mengenangkan kebodohan sendiri. Telefon dikeluarkan dari kocek seluar. Nama kontak Daniel dicari sampai jumpa. Usai itu, panggilan dibuat lantas telefon ditekap ke telinga.
"Sepatutnya buat macam ni dari awal. Aduh!" Omelku pada diri sendiri.
"Hello?"
Panggilan bersahut. Sempat aku lepaskan keluhan lega. Mujur Daniel masih sudi angkat panggilan aku.
"Daniel, kau okey? Kau dekat mana? Aku mintak maaf sangat-sangat sebab pergi macam tu je tadi."
"Oh...aku dah balik bilik."
Seketika aku diam. Bukan apa. Tapi suara Daniel kedengaran mendatar.
"Kau...okey ke?" Lambat-lambat aku menyoal. Takut pula bila dengar suara dia bertukar begitu. Dia marahkan aku ke? Dia terasa sebab aku tinggalkan dia ke?
"Soalan apa kau tanya ni? Kau tengah duduk dengan mama kau ke ni?"
"Ha? Err...ya..."
"Baguslah macam tu. Lepas ni jangan seorang-seorang lagi dekat luar. Sekalipun seorang-seorang, aku harap kau dapat jaga diri kau baik-baik. Dahlah, aku nak tidur."
"Tapi-"
TUT....
Talian ditamatkan oleh Daniel. Aku agak tercengang. Daniel seolah tidak mahu terima maaf aku je. Wajahku kembali muram. Sudahnya, aku buat keputusan untuk pulang ke bilik mama semula. Tapi sebelum itu, aku mahu memberitahu Abang Adam yang aku ingin duduk dengan mama sampai esok.
"Hello, abang..."
LEMAH kaki melangkah menuju ke bilik mama oleh sebab hati yang masih terselit rasa bersalah pada seseorang. Pintu bilik mama aku ketuk terlebih dahulu sebelum tangan mengapai tombol pintu. Niat nak buka sendiri, namun pintu sudah dikuak dari dalam. Serentak itu tubuh aku tiba-tiba dalam pelukan seseorang. Tangisan bergema di telinga yang berbalut tudung. Mataku sedikit terbuntang dek terkejut.
"Mama...kenapa ni?"
Mama meleraikan pelukan. Dia mengesat air mata sebelum tangan aku ditarik mengajak masuk ke dalam biliknya. Masuk saja ke dalam, aku dikejutkan dengan beberapa kujur tubuh yang sedang berdiri di depan mata. Abang Afiq, Aiman, dan seorang wanita yang tampak sudah berusia seperti mama. Dan semestinya aku tak kenal siapa dia.
Tapi, tatkala melihat muka Aiman yang buat gaya selamba sambil tersenyum sinis bila pandang aku itu buatkan kemarahan aku mula kembali kemuncak. Dadaku turut naik turun hebat.
"Kau..!" Baru aku nak menghampiri dia, tetapi Abang Afiq pantas menghalang jalan aku.
Namun, itu bukan sebab untuk aku berhenti melepaskan marah dan dendam. Tubuh Abang Afiq aku tolak sekuat hati sehingga dia jatuh terjelupuk. Mata yang sudah berapi aku kini cuma fokus memandang tepat ke arah anak mata Aiman. Wajahnya yang ada kesan bengkak itu langsung tidak ada rasa bersalah atau takut.
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...