HARI cuti seminggu sebelum peperiksaan akhir tahun bermula. Dan ini bersamaan sudah sebulan hubungan aku dan Daniel bagai orang asing. Apabila kami terserempak atau bertentang mata di sekolah, pasti Daniel yang akan larikan diri terlebih dahulu.
Selama sebulan, aku sudah tidak mendengar sikitpun suara Daniel. Tiada lagi dia menghampiri aku sambil menegur dengan panggilan 'jiran hodoh' itu lagi. Tiada lagi dia menunjukkan sikap menjengkelkannya. Sikap yang berubah-ubah watak yang boleh buatkan aku terhibur dengannya. Dan...
Tiada lagi lolipop perisa epal yang aku bakal dapat darinya.
Dan soalan aku cuma satu.
Kenapa, Daniel? Aku rindu nak berborak dengan kau...
Disebabkan kepala yang elok terlentok atas meja besad dalam bilik latihan taekwondo itu, setitis air mata yang mengalir telah menghasilkan satu titik basah di atas sehelai kertas.
Pernah satu hari tu, aku cuba menegurnya dengan mengatakan 'hai'. Tetapi dia hanya berhenti melangkah sejenak sebelum menyambung kembali langkah itu tanpa menoleh.
Rindu. Tak pernah aku rasa rindu dekat seseorang sampai macam ni. Walaupun dengan Fasha. Fasha juga sudah tidak menegur aku perihal Daniel yang gila sejak aku katakan padanya hari itu yang aku lebih percayakan Daniel berbanding dia.
Aku dah percayakan kau, aku dah tunaikan permintaan kau untuk hiraukan omong kosong orang lain pasal kau. Dan aku dah sudi terima kehadiran kau sebagai kawan aku. Tapi kenapa kau yang seolah nak memutuskan hubungan persahabatan kita?
"Apa? 6 tambah 5 sama dengan Daniel Bryan? Eh!" Meja yang menjadi tempat belajarku diketuk berkali-kali dengan kuat oleh pemilik suara itu.
Namun, aku hiraukan dia. Hanya aku yang tahu disebalik nombor 6 dan 5 itu. 6 yang membawa maksud Daniel. Dan 5 yang membawa maksud Bryan. Tetap tak faham, kan? Daniel mempunyai 6 huruf manakala Bryan mempunya 5 huruf.
"Hey, budak! Otak kau dah biul ke macam mana ni? Bangunlah! Hesh! Aku kena datang sini bukan semata nak tengok kau tidur, tahu? Cepat bangun! Belajar, belajar, belajar!" Lagi, meja ditepuk berkali-kali.
Aku mula serabut dengan gerangan itu. Lantas kepala diangkat memandang si pengganggu itu. Dia mengecilkan matanya memandang aku.
"Kau sakit ke, budak? Pucat je muka kau aku tengok apa pasal?"
"Haah, sakit." Laju aku membidas.
"Ha? Sakit apa?"
"Sakit hati dengan abanglah! Boleh tak jangan kacau saya belajar? Hish! Dah tak ada cikgu lain ke yang papa nak ambik? Asyik-asyik asal balik vila je, jumpa muka ni. Bosanlah saya!" Tak adalah bosan mana pun. Cuma aku dah muak tengok pembaris kayu panjang tu dekat tangan sebelah dia.
Sebuah kerusi lain yang terletak bersebelahan kerusi aku diambil dengan kasar lalu dilabuhkan punggungnya di atas kerusi tersebut.
"Bagus soalan kau ni. Kau nak tahu kenapa?" Wajahnya yang memang dekat itu didekatkan denganku.
Aku mula berubah riak muka serius sambil menatap muka kacak itu secara dekat.
Angguk.
"Betul-betul nak tahu?"
"Betul."
"Sangat-sangat nak tahu?"
"Ya, sangat-sangat nak tahu."
"Kau serius? Kau nak tahu?"
"Serius!"
"Aku cuma takut kau tak dapat terima je lepas aku bagitahu ni. So, kau tetap nak tahu juga?"
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...