"SO, SEBAB TU KAU MENANGIS?" Wajahnya menoleh ke arahku.
Perlahan-lahan aku anggukkan kepala. Sekarang, Abang Faiq telah tahu rahsia aku yang suka dekat Daniel. Bukan sebab aku sendiri yang nak cerita. Tapi sebab, Abang Faiq ugut nak buang balang kaca yang berisi lolipop itu! Tak guna, kan orang tua ni?
"Tapi, budak..."
Aku memandangnya. Sebelah kening menjungkit sebagai isyarat 'apa?'.
"Aku faham kau sedih sebab bagi kau, budak Daniel tu satu-satunya kawan yang kau ada. Siapa je tak sedih bila kawan kita tiba-tiba pindah macam tu, kan? Tapi...kau janganlah sampai macam ni."
"Macam ni' macam mana?"
Abang Faiq berdecit seraya memicit dahi.
"Look, macam yang kau tahu, dia lelaki dan kau perempuan. Okey, aku tahu Daniel orang yang kau suka. That's why kau rasa sedih, kan? Tapi, yang aku cuba nak maksudkan dekat sini...kau tak boleh sedih macam tadi hanya sebab seorang lelaki yang kau suka dah tinggalkan kau."
"Kenapa pula tak boleh?" Ada rasa tak puas hati dekat soalanku.
"Sebab dia lelaki yang bukan siapa-siapa pada kau."
"Dia kawan sayalah!"
"Bukan mahram maksud aku."
Riak wajah yang baru saja menunjukkan tidak puas hati, semerta berubah kelam. Rasa sedikit tersentap pada diri yang jahil ini. Yelah, aku cuma wanita akhir zaman yang adakalanya terbuai dengan dosa.
"Mungkin, dia pergi sebab saya." Aku menekur lantai.
"Fikir yang positif, budak. Mungkin dia pergi demi kebaikan dia dan kau. Tapi kalau betul dia pergi demi kebaikan kau orang, kau tak patut sedih macam ni. Sebab kadang, kita kena melepaskan sesuatu demi sebuah keadaan yang baik-baik sahaja. Jadi kesimpulannya, tetaplah kuat. Jangan sebab satu pergi, kau terus jatuh. Lagipun, kau masih ada pengawal-pengawal kau, kau masih ada Abang Afiq kau. Ha, kalau yang satu ni, dia special."
"Ha?" Berkerut dahiku. Apa yang special?
"Serius kau nak tahu?"
Aku berdecit memandangnya.
"Mulalah tu!" Macam aku tak tahu, nanti dia nak tanya aku banyak kali soalan 'betul nak tahu?' macam hari tu yang dia pernah buat.
Dan Abang Faiq sekadar tergelak. Tak senyum pun kacak, senyum apetah lagi. Tapi bila gelak, aku tak faham kenapa jadi lebih kacak berbanding tersenyum.
"Kau rasa, siapa?" Kini dia menayang senyum kacak.
Aku perhatikan betul-betul mukanya yang seperti ada maksud tersirat. Dalam beberapa saat perhati, aku pula tersenyum senget. Oh, aku dah faham apa yang dia cuba maksudkan.
Kedua jari mengusap-usap dagu sambil mata terarah tempat lain kononnya aku buat gaya orang berfikir.
"Siapa ya..? Mm...saya rasa, tak ada siapa yang special."
"Heleh, sengaja kau ya?"
"Mana ada! Saya memang tak tahulah." Bohongku seraya tertawa kecil.
Namun, Abang Faiq hanya diam. Dia sekadar tersenyum kecil. Aku berhenti ketawa lalu menunjukkan reaksi muka hairan. Abang Faiq ada masalah ke?
"Abang ni kenapa? Kalau ada masalah, share lah dekat saya pula."
"Tak ada apa pun. Eh, lama juga kita dua duduk luar rumah kau ni. Aku nak singgah rumah sebelah dululah, baru aku balik. Kau pun, pergilah masuk rumah. Solat, lepas tu study, baru tidur."
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...