SEPI. Aku duduk memeluk lutut di sisi katil. Fasha langsung tidak kelihatan sejak insiden petang tadi terjadi. Ya, dia menghilang dari pandangan semua orang sampai langit sudah hampir mahu bertukar gelap. Dan aku merasakan yang ini semua salah aku. Kalau dari awal aku tak rapat dengan Daniel, kalau dari awal aku cepat tangkap hint yang pernah Fasha beritahu aku tentang crush nya, kalau tengah hari tadi aku tak keluar, kalau aku tak pernah berjumpa dan bersapa dengan Daniel...Kalau dan kalau.
"Eryna..."
Pantas aku berpaling mendengar suara yang menyapa. Muka yang baru mahu berubah ceria, kembali muram tatkala melihat gerangan itu bukanlah Fasha.
"Fasha... Masih belum jumpa." Beritahu rakan sebilik aku di hotel ini. Ya, semua orang yang ikut lawatan ini sedang berusaha mencari keberadaan Fasha. Bukan aku tak ikut cari, walhal akulah orang pertama yang cuba mengejar langkahnya. Tetapi, Fasha sudah hilang dari pandangan hingga kini.
"Semua ni salah aku." Air mukaku berubah keruh. Perasaan sebersalah aku menebal apabila teringatkan Fasha. Gadis itu terlalu baik bagi aku. Dan aku pula, membalas kebaikan dia dengan kejahatan? Tapi aku tak berniat untuk buat itu.
"Ini bukan masa nak salahkan sesiapa, Eryn. Tapi aku rasa, ada baiknya kalau kau cuba cari dia lagi."
"Sekalipun aku jumpa dia, nak ke dia dengar cakap aku?"
"Sekurang-kurangnya kau dah jumpa dia."
Aku mengeluh kecil sambil mata khusyuk menatap langit yang kian gelap. Mana kau, Fasha? Aku nak minta maaf...
"Cakapkan dekat cikgu, biar aku seorang je yang bertanggungjawab dalam hal ni."
"Kau nak cari Fasha seorang-seorang?"
Aku mengangguk. Lagipun, dia menghilang secara tiba-tiba begini berpunca daripada aku. Jadi, aku rasa aku yang perlu cari dia sendiri. Sepatutnya aku tak patut bagitahu Marsha, rakan sebilik aku ini tentang kehilangan Fasha. Sebab dialah yang dah beritahu pada cikgu-cikgu perihal itu.
"Masalahnya dah malam ni, Eryn. Takkan kau nak cari seorang-seorang dalam gelap?"
Aku menggeleng perlahan.
"Tak apa, Allah masih ada untuk teman aku. Dialah 'cahaya' aku dalam gelap. Dah, tolong bagitahu cikgu-cikgu yang aku akan cari dia sendiri."
"Tapi-"
BAM!
Aku agak terkejut. Namun, bertambah aku terkejut tatkala melihat susuk tubuh yang telah puas dicari oleh semua orang di sini. Fasha! Dia sedang berjalan dengan wajahnya yang sugul dan nampak kusut. Masih jelas matanya merah dan sedikit bengkak eye bag nya.
"Fasha? Kau pergi mana tadi? Puas aku dengan yang lain cari kau. Kau okey?" Tanpa berfikir panjang, aku menerpa ke arah Fasha yang sudah duduk memeluk lutut di birai katil.
Fasha mengalih wajah memandang aku dengan mata yang sembab.
"Soalan bodoh apa kau tanya ni? Lepas apa yang dah jadi, kau masih boleh tanya aku okey atau tak? Kau nampak sendirilah, Eryn petang tadi!"
Aku terkedu. Ya, aku tak patut tanya Fasha sebegitu. Marsha aku pandang.
"Tolong cakapkan dekat cikgu yang Fasha dah balik sini." Namun begitu, ada maksud tersirat yang aku sampaikan pada Marsha. Dan maksud itu ialah, aku nak diberi ruang berdua dalam bilik ini untuk berbincang dengan Fasha.
"Aku faham." Jawab Marsha dan terus berlalu keluar dari bilik.
"Fasha, aku... Aku betul-betul tak ada niat nak buat kat kau macam ni. Setiap kali aku berdua dengan Daniel, semua tu secara kebetulan je! Kita orang tak pernah pun merancang nak keluar berdua sejak dari sebelum-sebelum ni." Bila diingat semula, aku rasa memang aku dengan Daniel tak pernah set time untuk keluar berdua pun. Cuma tadi, dia yang tiba-tiba mesej aku dan mengatakan yang dia sedang menunggu aku di bawah tanpa aku minta.
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...