53

208 34 12
                                    

SELESAI menunaikan solat isyak, aku merasakan sedikit ketenangan. Baru saja kaki ingin menggapai al-Quran di tempatnya, telefon aku berdering meminta diangkat. Tanpa berlengah, aku lantas mengambil telefon yang bingit itu.

Nama Fasha tertera di skrin. Tak fikir panjang, aku jawab sahaja.

"Hai, Eryn. Kau masih tak sihat ke?"

Dahi aku berkerut. Seingat aku, tak pernah lagi aku bagitahu Fasha pasal aku ada sakit. Macam mana dia tahu?

"Ma-macam mana kau tahu?" Usai menghabiskan ayat, aku berdehem perlahan untuk berhati-hati.

Lama Fasha berdiam. Tapi, dari corong talian, telinga aku masih dapat menangkap suara-suara seperti sedang bercakap.

"Fasha...kau...dengan siapa dekat rumah aku?" Lagi sekali, aku merasakan hal yang sama. Tak sedap hati.

"Ha? Mana ada aku dengan siapa-siapa. Ni, kau okey tak? Seminggu dah tak dengar cerita. Rindu kau..."

Aku mengeluh lega. Aku harap Fasha tak jemput siapa-siapa duduk situ tanpa pengetahuan akulah.

"Alhamdulillah...lepas solat, mesti aku rasa okey sikit. Tapi lepas tu, sakit balik." Ya, itu yang aku selalu rasakan setiap kali.

"Eh, ya ke? Sakit apa sampai macam tu? Teruk sangat ke kau sakit?"

"Entahlah, Sha. Aku pun tak pasti aku sakit apa. Sebab penyakit ni tiba-tiba je muncul. Lepas tu, aku tak rasa macam sakit orang normal. Sekarang ni pun aku mula rasa...sakit kepalalah." Hujung ayat aku mula rasa lemah di bahagian kepala membuatkan tangan sebelah naik menyentuh kepala yang masih berbalut telekung. Ah! Kenapa rasa berat lain macam ni...

"Ya? Weh, aku rasa elok kau berehat je sekarang dekat bilik tu. Aku nak letak phone dulu ni. Nak pergi toilet. Kau-"

Tidak dapat tahan lagi, telefon aku terlepas tanpa sengaja serentak aku terjatuh menghempap di atas lantai dengan kedua tangan menyentuh kepala kuat.

"Mama..! Papa..! Abang Afiq!" Walaupun terasa pedih di tekak, namun aku tetap menjerit sekuat yang aku mampu.

"Allah! Safi..." dapat aku rasakan yang mama menghampiri aku seraya meletakkan kepala aku di atas ribanya.

"You! Kita kena hantar Safi pergi hospital juga!"

"Bawa Safi turun sekarang. I nak pergi siapkan kereta! Afiq, tolong adik kamu!" Suara papa seakan tenggelam di pendengaranku.

Sedang menahan sakit di kepala, kini, jantungku pula terasa berdebar hebat dan dada terasa seperti dicucuk dengan sesuatu yang tajam.

"Argh!!!" Teriakku mula semakin rasa sakit di bahagian dada.

"Safi! Bertahan sekejap ya? Afiq, tolong..." mama mula menangis.

Entah kenapa, saat ini aku mula terasa panas pada satu tubuh. Ia seperti di didih atas kuali yang panas!

"Panas!!!" Serentak itu, tubuh aku digendong Abang Afiq. Namun, aku tidak henti bersuara mengatakan yang aku panas.

"Tolong..!!!" Air mata menitis dek rasa sakit satu tubuh tidak kira di luar atau dalam.




































TANGAN aku tidak henti menggenggam cadar tilam wad sambil kepala menoleh kiri dan kanan oleh kerana menahan sakit.

"Doktor, tolong lakukan sesuatu!" Suara mama kedengaran.

"Saya dah cuba, puan! Masalahnya sekarang ni, saya dengan nurse dan doktor-doktor lain pun tak tahu punca dan apa sakit anak puan ni. Sumpah, puan! Kami dah cuba sehabis yang boleh sebagai seorang doktor dan jururawat."

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now