"FASHA!" Puas aku berlari anak cuba untuk mengejar langkahnya di depan. Fasha seolah kembali bersikap dingin dengan aku seperti sewaktu kem perkemahan hari itu. Dan sudah tentu aku tidak tahu apa sebabnya!
Sejak dari perhimpunan yang pengetua sekolah mengatakan akan ada lawatan, aku ingatkan Fasha akan menerpa ke arah aku seperti sewaktu pengetua umumkan akan ada kem perkemahan hari itu. Malah, sama sekali Fasha tidak menoleh padaku sedikitpun! Lawatan entah ke mana, aku tak tahu. Sebab aku sibuk perhatikan tingkah Fasha sejak dari awal aku melangkah masuk ke sekolah. Fikirku, lepas dia nampak aku, dia akan tegur seperti biasa. Namun, dia sanggup berpatah balik dan melepak dengan kawan-kawannya yang lain. Dusta belaka kalau aku kata yang aku tak terkilan. Sebab benda ni sudah dikira 2 kali terjadi termasuk hari ini.
"Fasha, tunggu aku!" Aku masih tak berputus asa untuk melaung namanya.
Dan secara tak sedar, aku dan Fasha kini sudah tiba di kawasan belakang sekolah. Sudah namanya kawasan belakang, pastinya suasana di sini sepi. Hanya kami berdua saja di sini.
Fasha akhirnya berhenti melangkah. Begitu juga aku yang dari tadi mengikut langkahnya. Nafas aku sedikit tak teratur betul. Seiring itu, Fasha menoleh memandang aku yang berada di belakangnya. Riak mukanya jelas dingin. Dan mata itu mencerlung aku tajam. Seolah perubahan air muka Fasha yang biasanya sudah tidak ada.
"Kau... Kau nak buat apa dekat sini? Jomlah, kita rehat dekat library. Kita lepak belajar macam semalam. Nanti kan lepas rehat ada sambungan jawab soalan matematik kertas 2? Jom?" Aku cuba berlembut kata walaupun dalam hati kini sudah merasakan sesuatu yang tidak enak dan membuatkan aku merasa gusar melihat Fasha.
Fasha masih berdiri statik di tempatnya. Lagi, masih tiada tanda-tanda yang gadis itu mahu tersenyum seperti selalu.
"Fasha, kau...kau ada masalah lagi ke? Kalau ada, ceritalah dekat aku. Semalam kau tiba-tiba ambik beg dan terus balik. Kenapa, Fasha?" Soalku dengan nada sayu. Aku takut. Aku takut ada pertengkaran antara hubungan persahabatan kami yang dah hampir 2 bulan rapat macam adik-beradik tanpa aku tahu puncanya dari mana.
Fasha menapak selangkah ke depan. Jantungku memain peranan. Perasaan gusar muncul dalam diri.
"Kau tanya aku, 'kenapa'?" Suaranya seakan-akan menahan amarah. Dingin!
Aku menelan liur.
"Ya, memang aku ada masalah! Dan masalah aku tu kau! Kau tak perasan ke selama ni, Eryn? Ke, kau yang buat-buat tak perasan?!" Herdik Fasha automatik membuat aku tergamam sejenak.
"Apa maksud kau yang aku tak perasan? Aku ada buat salah ke selama ni dengan kau? Kalau ada, cakap! Bukan tiba-tiba berdiam diri lepastu cakap aku punca masalah kau. Lagi sekali aku tanya, apa masalah kau huh?" Entah dari mana sumber berani yang aku dapat pun aku tak tahu. Ah, lantaklah!
Fasha merengus kasar. Naik turun nafas dia aku dapat dengar dengan jelas.
"Sebelum ni memang kau tak ada buat salah dengan aku. Tapi sejak akhir-akhir ni, aku rasa banyak salah yang kau dah buat dekat aku! Cuma aku cuba bersabar dan layan kau baik-baik hanya sebab aku dah anggap kau macam keluarga aku. Tapi...semakin aku biarkan, semakin menjadi kau rapat dengan dia! Kau ingat, aku cuma berkawan dengan kau seorang ke huh?!"
Terkebil-kebil mata aku merenung wajah Fasha yang sudah memerah menahan amarah. Aku tak faham apa yang Fasha cuba sampaikan.
"Eh, Eryn! Asal kau tahu eh. Antara ramai orang yang aku kenal dalam sekolah ni, seorang je yang pernah berjaya tukar perwatakan aku dari pendiam ke peramah macam yang kau tengok sebelum-sebelum ni. Mentang-mentang aku dengan dia dah tak rapat macam dulu, kau pula ambik kesempatan cuba-cuba nak jadi pengganti aku, kan?!"
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...