52

194 35 13
                                    

PETIKAN jari depan mata buatkan aku tersentak dari terimbas kembali perihal dua tahun lepas. Wajah Abang Faiq di sebelah dicari.

"Tenang betul tasik ni, ya sampai jauh kau termenung. Apa yang kau fikirkan sebenarnya?"

Aku pamer senyum kecil.

"Terkenang pasal pertama kali kita berjumpa dulu." Bohongku.

Abang Faiq hanya diam. Manakala aku pula mengalihkan pandangan memandang cincin di jari manis lalu diusap-usap cincin berbentuk berlian itu.

"Tak sangka kita dah sejauh ni. Saya tak pernah expect pun yang saya dengan Abang Faiq bakal berkahwin. Haha..." hambar saja ketawa itu. Tapi dalam masa yang sama, entah kenapa aku rasa malu apabila menyebut perihal itu.

"Kan? Aku pun tak pernah expect yang aku boleh jatuh cinta dengan budak macam kau." Dia turut memandang cincin di jari manis aku.

Dan kini, aku mula rasa sebak di dada. Aku cuma kesiankan Abang Faiq. Aku cuma suka dia. Bukan cintakan dia sama macam dia cintakan aku. Aku takut, aku dikira seolah permainkan hati orang yang dah setia dengan aku.

"Aku minta maaf..."

"Minta maaf kenapa?"

"Sebab ambik kau dari Daniel."

Seketika aku terdiam. Tapi selepas itu aku bersuara semula.

"Saya tak pernah rasa macam tu. Lagipun Daniel cuma kisah silam saya. Sekalipun dia datang balik, saya cuma boleh tersenyum bahagia tengok kawan saya dah balik lepas bertahun yang dah berlalu." Sungguh, aku rasa nak menangis.

"Sebab...sebulan je lagi, saya dengan Abang Faiq akan berkahwin." Sambungku dengan nada suara yang keruh.

Selepas itu, kami berdua berdiam melayan angin sepoi-sepoi di taman tasik itu. Taman tasik ini terletak berdekatan dengan kafe Aisyah. Oleh sebab itu, Abang Faiq mengajak aku untuk duduk ambik angin di sini. Sementara yang lain sedang makan di kafe Aisyah.

"Eryna."

Aku menoleh.

"Kau..."

Kening aku menjungkit. Ayat itu seperti sengaja dibiar tergantung.

"Kau...aduh. Macam mana nak cakap, eh?" Abang Faiq menggosok tengkuknya sambil memandang aku. Namun selepas itu, dia berpaling ke tempat lain seperti mahu mengelak memandang aku.

"Abang Faiq ni kenapa? Cakap ajelah!"

"Aduh...budak ni pun...tak menyabar."

"Saya dengar tu!"

"Alah, kau sabar sekejap. Bagi aku susun ayat aku."

"Halah, gedik!"

Dan aku hanya bersabar. Bukan apa. Abang Faiq ni kan memang dari dulu dia berperangai macam ni? Suka biarkan ayat tu tergantung.

"Ha, dah ada!"

Aku kembali menoleh.

"Bunyi jantung tanda debaran,
Ingin bertanya tetapi malu,
Ku menunggu penuh harapan,
Sudikah engkau menerimaku?"

Lama aku berdiam.

"Terima apa? Kan saya dah terima pinangan Abang Faiq dekat saya dulu." Sengaja aku berdalih sedangkan aku faham apa yang cuba Abang Faiq sampaikan.

"Aduh...ni lah jadinya bila dapat budak-budak sebagai pasangan kita."

Aku menjuih bibir.

"Apa pula dapat? Abang Faiq yang pilih saya dulu. Saya yang tak nak Abang Faiq sebab saya rasa, saya cuma suka Abang Faiq sebagai seorang abang. Tak lebih, tak kurang."

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now