BUKU bahasa cina yang dia terjumpa depan pagar rumah Eryna, dikutip. Visor helmet yang gelap dibuka agar pemandangannya dapat dilihat dengan jelas.
Helaian demi helaian diselak. Sampai satu muka surat, dia dikejutkan dengan dua keping not RM50. Matanya sedikit membesar melihat itu. Namun selepas itu, dia melepaskan nafas.
"Tak cukup hodoh, ditambah bodoh pula. Kau tak sepatutnya cari aku bila aku tak ada, jiran..." Keluhnya.
Duit itu diambil lalu diseluk ke dalam kocek seluarnya. Ada sesuatu yang dia mahu beli untuk gadis itu dengan menggunakan duit ini.
"Ah!" Dia berdesis perlahan dek terasa kesakitan dan pedih di tapak tangannya saat luka itu terkena tepat pada seluarnya. Ini semua sebab kejadian kemalangan tadi. Badan motornya turut telah calar oleh sebab terseret di jalan tar.
Daniel merengus dalam tersenyum. Kepalanya digeleng-gelengkan.
"Perempuan cuai."
BIP BIP!
Telefonnya berbunyi menandakan mesej masuk. Lantas Daniel mengeluarkan telefon itu dari poket jaket Adidasnya. Dan mesej itu merupakan mesej order masuk. Ini bermakna, dia perlu kembali bekerja setelah puas meneman Eryna di hospital tadi sehinggalah keluarga gadis itu tiba.
***
"LANGIT tu cantik, kan? Tenang je bila tengok dia cerah macam tu." Ujar Eryna memecahkan suasana hening antaranya dan Daniel.
"Kau pun cantik apa. Tenang je bila tengok kau pakai pakaian macam ni." Jujur Daniel berkata.
Eryna kelihatan tersentak. Matanya beralih memandang Daniel yang tenang memandangnya. Eryna kemam bibir cuba menyorok rasa malu bila dipuji sebegitu. Pakaian full set yang diberikan olehnya tadi Eryna pakai.
Eryna pura-pura pecahkan tawa sambil tangan menutup mulut konon tidak mahu nampak sikapnya yang tidak sopan dalam ketawa.
"Kenapa kau bagi aku benda tu semua?" Soal Eryna ingin tahu.
"Siapa kata aku bagi?"
Dahi Eryna mula berkerut. Sudah! Siapa pula yang bagi?
"Habis tu? Dari siapa barang tu?"
Tanpa Eryna sedar, Daniel sembunyi senyum. Tidak disangka, pakaian yang dia main ambik sewaktu dia pergi singgah ke butik berdekatan untuk membelikan barang gadis itu mengguna duit RM100 pemberian gadis itu buatkan Eryna suka.
Namun, segera dia bertukar wajah tatkala gadis itu berpaling memandangnya tepat.
***
DALAM diam, Daniel mengatur langkah menghampiri pagar rumah jirannya.
Daniel melepaskan nafas lega sebaik saja kakinya berdiri betul-betul depan pagar itu.
"Aku harap tak ada siapa curi air sedap buatan tangan aku ni." Monolognya sendirian usai plastik yang membaluti cup tealive itu disangkut pada pagar rumah Eryna.
Mujur waktu itu, gadis itu masih berada di sekolah. Dapatlah dia beri air kegemaran gadis itu senyap-senyap.
Tujuannya memberi air ini kononnya sebagai perpisahan terakhir antaranya dan gadis itu.
"Mungkin ini air buatan aku yang terakhir kau dapat rasa."
***
MASKOT bahagian wajah panda itu dibuka. Tercungap-cungap Daniel usai saja dia melepaskan maskot panda itu dari kepala. Ini belum lepaskan dari badan lagi. Panas hawau!
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Ficção AdolescenteTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...