36

215 35 3
                                    

DENGAN muka yang terasa tebal dek alat solek yang sempat Marsha conteng di muka aku sebelum persembahan kami, membuatkan peluh di dahi semakin banyak. Aku kesat berhati-hati. Takut nanti rosak pula compact powder di muka aku

"Goodluck. Relax, jangan gugup sangat. Takut nanti tak fokus." Pesan Cikgu Azam sebelum kami ingin melangkah naik ke pentas.

Aku mengangguk. Terus, keenam-enam kami naik atas pentas bersama. Masing-masing mengambil posisi masing-masing dan aku di pertengahan mereka di bahagian lebih depan.

Intro lagu Demi Kita milik lagu Ismail Izzani dimainkan sambil Marsha mula membaca warkahnya.

"Kepada Rauf sahabatku,

Setelah sekian lama Adra ambil masa tidak membalas surat Rauf oleh sebab Adra sibuk dalam membuat persediaan ujian SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi. Dan kini, Adra bersedia untuk kembali membalas surat-surat Rauf yang tempoh lalu. Rauf sihat? Lama sudah tidak dengar khabar Rauf. Jadi, Adra berharap Rauf sentiasa sihat walafiat.

Rauf, di sini Adra mahu mengatakan tentang jawapan kepada surat Rauf tempoh hari. Dusta belaka jika Adra kata yang Adra tidak terkejut selepas baca kata luah Rauf yang sukakan Adra lebih dari seorang kawan. Jujur Rauf...Adra tidak pernah anggap hubungan kita lebih dari kawan. Lagian, umur kita kan masih umur pelajar sekolah? Mustahil Adra ada masa untuk fikirkan perihal cinta di masa-masa begini. Dan Adra tidak rasa yang kita sesuai menjalinkan hubungan cinta di masa zaman sekolah begini.

Maaf, Rauf. Adra tidak boleh terima Rauf. Dibandingkan dengan hububgan cinta sebegini, Adra lebih memilih untuk jaga hubungan persahabatan yang telah terjalin agak lama antara kita. Adra lebih selesa kita berkawan daripada menjadi sepasang pasangan kekasih. Adra tidak mahu hanya sebab perasaan Rauf ini, kita berdua terhanyut jauh sebab perjalanan kita juga masih jauh, Rauf. Adra tahu yang perasaan itu susah hendak dibuang begitu saja. Tetapi, Adra tetap tidak boleh terima Rauf lebih dari seorang kawan. Maaf, Rauf."

Aku bersedia mendekatkan microphone di bibir. Masuk saja muzik, nyanyian dimulakan.

"Kawan… apa erti sayang?

Jika hati tak senang

Kawan… apa erti kasih?
Jika kau tersalah pilih

Kau… pandai bercerita,
Surat panjang berjela,
Kita tak pernah bersua,
Aku tak suka berncinta,

Apakah ertinya ini...?
Mengganggu akal dan hati,
Lupakan saja,
Lupakan diriku,
Kita di bangku sekolah lagi…"

Saat ini, adalah hanya membiarkan muzik bermain. Saat itu juga aku mendengar sorakan dan tepukan dari sekolah-sekolah lain. Walaupun setiap kali merasakan lagu yang dinyanyikan ini menyentapkan hati aku sendiri, tapi dengan sorakan itu seolah membangkitkan rasa gusar aku.

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now