26

224 45 4
                                    

SATU-SATU sisi buku aku baca tajuknya. Hampir tamat waktu rehat. Tapi aku masih tak menjumpai buku yang ingin dicari lagi dalam perpustakaan ini. Sudah 2 rak buku islamik aku ziarah semata nak cari buku yang dipinta.

"Bargh!"

Tak menjerit sebab tahan diri dari buat bising. Tapi kedua bahu yang terhinjut tanda bertindak balas dari sergahan itu.

Daniel di sebelah aku jeling. Sengajalah tu nak buat cikgu perpustakaan kat sini marah aku macam semalam!

"Cih! Tak menjerit pula perempuan ni hari ni." Dia berpeluk tubuh. Aku sekadar menggelengkan kepala.

"Eh, kau cari apa sebenarnya? Dah dua rak kau selongkar. Tapi apa pun tak ada dekat tangan. Ni betul-betul nak cari buku ke atau nak buang masa dekat sini?" Posisi Daniel berubah. Kedua tangannya dimasukkan dalam kocek seluar.

"Ish, aku cari betul-betullah. Asal pula nak buang masa dekat sini? Lagi-lagi dengan kau. Huh!" Dalam pada itu, niatku cuma mengusik Daniel saja. Aku harap dia tak emosi macam semalam dahlah. Aku tak ada lolipop hari ni.

Daniel berdecit kuat seiring beberapa helai kertas yang tergulung itu diketuk atas kepala aku.

"Ish, apa kau ni? Kacaulah! Pergilah sana. Tadi kau janji tak nak kacau aku cari buku, kan? Shuhh..." Tangan aku siap bergerak menghalau dia pergi dari situ. Tanpa pandang wajah Daniel, aku sambung membongkok mencari-cari buku di sebuah rak lagi satu. Dan itu rak yang terakhir.

"Cuba kau bagitahu je kat aku, buku macam mana yang kau cari sebenarnya?" Daniel masih tidak pergi dari berdiri sebelah aku. Malah tubuhnya bersandar lagi pada rak buku itu sambil tangannya masih setia dalam kocek seluar.

Aduh, dia ni memang mencabar keimanan seketul wanita aku betullah!

"Err... Adalah! Kau tak payahlah bersandar kat rak ni pula. Nanti jatuh karang, habis semua buku! Tepilah." Tangan aku mengibas-ngibas angin tanda menyuruh dia untuk tidak terus bersandar pada rak tersebut.

"Selagi kau tak bagitahu, aku tak gerak."

"Aduh...ak-aku tak cari apa-apalah!"

"Aik? Habis yang terbongkok-bongkok 15 minit lepas tu apa? Nampak sangat mengelak kau kan? Cakap ajelah kat aku buku apa yang kau nak sangat cari tu. Mana tahu aku tahu tempat buku tu disimpan."

"Err... Aku...aku cari buku..eh! Dani, Dani! Rak tu..." Telunjukku menunjuk ke rak yang sudah hampir-hampir mahu terjatuh ke belakang.

Daniel masih selamba memandang rak itu yang mahu terjatuh ke belakang setelah dia beralih dari terus bersandar. Aku pula sudah cuak di sini.

BAM!!!

"Kamu berdua..!"

Aku dan Daniel berpandangan. Daniel beriak biasa seperti tiada apa yang berlaku. Dia menjungkit bahu penuh selamba. Tapi bukan aku!













PENUH tertib aku susun buku itu di rak. Dan susunan aku lebih kemas berbanding susunan sebelum rak ini terjatuh. Untung satu rak saja yang tumbang. Satu rak pun sudah berpuluh buku, tak boleh bayang jika berrak-rak! Mungkin kami susun sampai tak balik agaknya.

Okey, bukan kami. Tapi aku sahaja. Daniel di depan sedang asyik duduk bersila sambil membaca komik. Entah mana dia dapat komik pun aku tak tahulah. Sekejap-sekejap dia gelak. Sekejap-sekejap serius wajahnya.

Kebetulan, ada pemadam dekat atas jubin berdekatan aku. Dengan segera aku ambil senyap-senyap tak mahu Daniel sedar aku yang sudah berdiri dari duduk. Setelah ambik, aku kembali duduk macam posisi tadi.

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now