28

221 40 9
                                    

"EH, KAU DARI MANA ERYN?" terkejut aku mendengar teguran berupa soalan itu usai saja pintu bilik aku tutup. Fasha sudah menjungkit kedua kening melihat aku untuk jawapan dari soalannya.

"Err... Abang Afiq ajak keluar main dekat pantai tadi. Aku nak kejutkan kau. Tapi tak sanggup pula bila tengok kau macam dah lena je tidur." Namun begitu, aku tetap berkata jujur. Memang Abang Afiq yang ajak aku keluar tadi, kan? Cuma aku lepak dengan Daniel.

Fasha mengangguk faham. Dalam diam, aku melepaskan kelegaan apabila melihat Fasha seperti tidak mencurigai aku sesuatu.

"Aku baru nak ajak kau pergi pantai juga. Tapi kau tak ada pula."

Muncul pula rasa bersalah pada Fasha. Yelah, aku pun tak sepatutnya tinggal dia begitu saja tadi. Boleh je aku batalkan niat nak keluar masa tu untuk keluar bersama Fasha.

"Laa... Sorry, Fasha! Tapi kalau kau nak keluar sekarang juga, apa kata kita pergi lepas solat zuhur?" Cadangku semata nak pujuk Fasha walaupun tapak kaki aku dah lenguh sebab berkejaran dengan Daniel tepi laut tadi. Dan Abang Afiq serta kelima pengawal aku tu yang menjadi saksi. Malu juga bila ditengok oleh mereka tadi.

"Tapi kau dah keluar tadi-"

"Tak apa! Aku pun masih belum puas sebenarnya nak main air laut tadi." Aku tersengih memotong ayat Fasha. Namun, bukan Fasha. Dia seolah memberikan aku pandangan dingin.

"Err... Jom kita solat berjemaah?"

Fasha diam tak bersuara membalas. Tetapi kepalanya mengangguk.

"Kau pergilah ambik wudhuk dulu." Ujar Fasha. Keruh saja wajahnya aku perhatikan. Kenapa ya?

Aku balas dengan anggukan. Segera aku pergi ke arah sisi katil untuk mengambil seluar lain dari dalam beg. Sejenak aku pandang Fasha yang sedang menyarungkan telekung. Wajahnya benar-benar nampak sedih dan kecewa. Aku nak tanya. Tapi mesti Fasha akan suruh aku berteka-teki lagi.

"Inilah diri aku yang sebenar. Ya, aku memang suka biar orang berteka-teki"

Mengenangkan ayat yang pernah diutarakan itu, aku mengeluh. Bibir yang aku kemam itu dijilat.

"Err... Fasha, dua orang lagi tu pergi mana?" Soalku sekadar mahu ajak Fasha berbual. Lagian memang betul pun dua orang tu tak ada dalam bilik sejak aku masuk tadi. Mungkin dia orang dah kejutkan Fasha dulu sebelum keluar. Aku berterima kasih akan itu jika benar.

"Lepas kejut aku, dia orang kata dia orang nak keluar pula pergi pantai tu." Seperti acuh tak acuh saja dia menjawab soalan aku.

"Ohh..."

Usai selongkar beg baju semata nak cari seluar itu, aku bingkas berdiri dan terus berlalu ke bilik air yang terdapat dalam bilik hotel ini.

Beberapa minit berlalu, aku keluar dari tandas dengan wajah basah dek air wudhuk. Selesai bersiap-siapkan diri untuk bersedia menunaikan solat fardhu zuhur, aku membentangkan mini sejadah aku yang aku pernah bawa tika di kem perkemahan di sisi Fasha. Aku berganjak sedikit ke belakang untuk berdiri belakang tumit kaki Fasha menandakan aku yang makmum dan Fasha ialah imam.

"Kaulah imam,"

Terkulat-kulat aku apabila Fasha berkata begitu. Bukan aku tak reti atau apa. Cuma aku tak pernah lagi jadi imam sebelum ini. Dan semestinya itu yang membuatkan aku rasa tak biasa nak ambik kedudukan imam.

"Eh, kaulah. Aku mana pernah jadi imam." Jujur aku berkata.

Fasha tersenyum. Terlihat ikhlas saja senyum itu.

"Sebab tak pernah jadi imamlah kena pernahkan diri tu jadi imam. Nanti kalau dah kahwin dengan suami mualaf, dapat pula anak, macam mana nak jadi isteri dan ibu yang boleh membimbing suami jadi lebih baik?"

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now