HARI KEDUA. Bagai mahu terkeluar biji mata aku usai tiap-tiap baris, tiap-tiap ayat dan tiap-tiap perenggan aku baca. Kertas yang isinya telah menjadi sebuah surat itu aku terbalikkan sebelum menghulur kembali pada Marsha dengan mata terpejam. Ah, tidak sanggup rasanya aku mahu dengar Marsha membaca warkah tersebut saat berlatih nanti.
"Gila. Memang gila." Komenku usai Marsha mengambil huluran kertas itu. Senyuman di bibirnya mati semerta setelah mendengar komen aku.
"Gila apa bendanya? Okey apa warkah yang Cikgu Azam tulis ni." Kertas berisi formula surat mesej itu ditunjuk-tunjuk padaku.
"Ah, itu bagi kau. Bukan bagi aku!" Mana tak gilanya? Isi surat itu benar-benar hampir mirip dengan situasi aku dengan Daniel. Bezanya, perempuan itu menolak cinta lelaki.
"Suka hati kaulah. Ni, kau dah practice dua-dua lagu tu dekat rumah ke belum?"
"Setakat ni aku cuma baru dengar lagu yang pertama tu lah. Sebab lagu yang kedua tu aku tahu. Tinggal tunggu Daniel bagi lirik yang dia dah ubah."
Terangguk-angguk kepala Marsha. Semalam, tika aku dalam bilik berseorangan sambil mendengar lagu pertama yang dicadangkan Cikgu Azam itu, memang menusuk hati. Sebab? Lagu tu berjaya buat aku sentap sendiri. Sudahlah yang akan nyanyi lagu itu ialah aku.
"Okey, semua. Sila beri perhatian." Ucap Cikgu Azam.
Kami yang berada dalam bilik majlis terus memfokuskan perhatian pada Cikgu Azam. Wajahnya tampak serius setelah pulang dari bilik guru.
"Maafkan saya untuk hari ni sebab hari ni saya tak dapat nak incharge latihan atas sebab, saya terlibat dalam mesyuarat di luar daerah dalam beberapa hari."
"Alah...habis tu, siapa yang nak ajar kita orang berlatih ni cikgu? Saya dah target nak dapat nombor 1 ni lepas dengar Eryna nyanyi." Dengar kecewa saja suara Khairil yang tadinya sibuk bermain piano.
Wajah serius Cikgu Azam yang tadinya serius, kini berubah. Beliau tersenyum pula.
"Sebab itulah, saya datang sini nak kenalkan kamu semua dengan seorang ni. Dia pernah ambik jurusan muzik dekat universiti dia dulu. Dan dia lebih pro daripada saya."
"Eh, tak adalah pro sangat. Biasa-biasa je." Saat itu juga, seorang lelaki yang tampak seperti baya-baya Cikgu Azam menghampiri kami usai pintu bilik majlis ditutup kembali. Dia mengusap tengkuk seperti segan dengar ayat pujian dari Cikgu Azam.
Cikgu Azam menepuk bahu lelaki tersebut.
"Haa, ni lah dia gerangannya. Untuk pengetahuan kamu, dia sepupu saya dan umurnya sebaya dengan saya. Kamu boleh panggil dia Abang Syareef. Syareef, tolong ajarkan yang terbaik dekat dia orang."
Dan saat ini juga, aku rasakan hal kurang enak apabila mata lelaki yang bernama Syareef itu tidak henti merenung aku lain macam. Oleh sebab itu, aku melarikan anak mata. Pura-pura pandang tempat lain.
"Baiklah, saya kena gerak dulu ni. Reef, apa-apa hal, kau pandai-pandailah ambik alih."
Abang Syareef mengangguk. Usai kelibat Cikgu Azam pergi, aku pula berlalu ingin keluar dari bilik majlis setelah memberitahu pada Marsha yang aku ingin ke tandas. Walhal, aku cuma nak mengelak dari terus menjadi tatapan Abang Syareef.
Nafas dihela panjang usai saja aku dapat melangkah keluar dari bilik majlis yang sejuk dipenuhi penghawa dingin itu. Tak sampai seminit aku bersandar di dinding sebelah pintu bilik, aku ditegur dengan satu suara.
"Hai..?" Daniel mulakan sapaan.
Aku menoleh wajah. Sejak malam yang aku telefon dia, kami sudah tidak bertegur sapa seperti biasa. Hal ini pun sebab aku yang diselubung dengan rasa bersalah dan takut untuk berbicara dengannya lagi. Sehinggalah ke hari ini. Dia yang menegur aku dulu.
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...