49

193 32 15
                                    

PENAT. Itu yang aku rasakan sekarang ni, setelah entah berapa jam aku main bersama mereka. Macam-macam permainan yang kami main.

Dan yang paling buatkan aku lebih penat, adalah ketika aku terpaksa memujuk salah seorang budak kecik yang menangis dek terkena tendangan bola yang ditendang oleh seorang budak lelaki.

Susah juga nak buat budak tu berhenti menangis. Mungkin, aku pun dulu macam tu. Dan Abang Afiq yang penat memujuk.

Dah tak ada pilihan lain, aku gunakan cara memujuknya dengan memberi lolipop. Ya, aku tiru cara seseorang. Dan budak perempuan itu terus rasa terpujuk, sekaligus tangisan bingitnya berhenti. Tapi selepas itu, semua budak-budak kecik di sini, meminta lolipop dengan aku. Aku yang memang niat bawa lolipop itu semua untuk mereka, hanya biarkan. Sudah tiba masanya aku lepaskan lolipop-lolipop itu semua.

Balang kaca yang sudah kosong itu, aku tenung. Terdapat sticky note yang aku gulung sebelum gerak pulang tadi. Sepatutnya aku tampal ia di dalam buku khas peribadi aku. Jadinya, sticky note itu aku simpan dalam kocek seluar.

Aku yang duduk bersimpuh di sisi sofa, merenung budak perempuan  yang menangis tadi ketiduran di sofa. Jadi, aku duduk di sini, menemaninya. Rambut halus anak kecil itu aku usap.

Waktu masih petang. Tetapi, kesemua mereka sudah tertidur kepenatan setelah bermain tadi. Melihat mereka yang nyenyak tertidur, aku mula rasa mengantuk sama.

Tapi, aku sepatutnya kena tolong Ibu Ana memasak dekat dapur. Ini sebab Abang Faiq sibuk mencantikkan halaman Rumah Kasih di luar.

Tapi, aku betul-betul ngantuk ni.

"Hmm..." gumamku menahan ngantuk. Sudahnya, kepala aku seolah terlentok dengan sendiri di sisi sofa. Perlahan-lahan, mata terpejam rapat.

Nyaman.

SUARA-SUARA orang yang seperti sedang bergelak ketawa, seperti menjengah masuk dalam mimpi.  Perlahan-lahan aku celikkan mata. Dan ia memang benar. Memang ada orang bergelak ketawa dekat sini.

Tika itu, aku seperti tersedar akan sesuatu. Mata yang terbuka kecil tadi, terus bertukar menjadi besar.

"Ha, good morning budak besar." Suara Abang Faiq menegur menambahkan rasa malu tatkala ke semua mata yang berkumpul di ruang tamu ini, memandang aku.

Aku menegakkan kepala yang terlentok. Dan kini, baru aku sedar yang aku rupanya tidur dalam posisi duduk atas sofa memeluk lutut dengan kepala dilentokkan di hujung sofa. Sejak bila aku bangun pindah tempat ni?

"Ha, Eryna. Nyenyak tidur. Sampai Faiq bangunkan suruh tidur dalam bilik pun kamu tak nak."

Kepala aku berpaling ke sebelah. Ibu Ana tersenyum.

"Ha?" Pandangan dibuang ke arah Abang Faiq pula meminta penjelasan darinya.

"Aku dah sebut nama kau banyak kali tadi, semata nak suruh kau sambung tidur dalam bilik budak-budak tu. Tapi, kau tak nak. Budak-budak tu senang je aku kasi bangun. Sampai kau, ingatkan dah bangun. Rupanya mamai. Lepas tu, elok pergi sambung tidur atas sofa pula." Seperti faham dengan riak mukaku, dia menjelaskan.

"Safi, ke?"

Aku sedikit tersentak. Langsung kepala menoleh ke arah gerangan yang menyebut namaku. Dan tika itu, aku seolah terkedu. Bukan sebab yang meneka nama aku. Tapi sebab mata aku dan mata lelaki di sebelah Mak Cik Salmah bertatapan dalam beberapa saat.

Aiman menarik senyum senget. Perasaan takut menerpa.

"Safi? Mak kenal ke dengan budak kecik satu ni?" Suara Abang Faiq kedengaran lagi.

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now