Special Chapter

421 30 16
                                    

BATU nisan yang sudah tertulis nama penuh arwah aku pandang sayu. Tangan kanan mula naik menyentuh kepala batu nisan. Ibu jari mengusap-usap nama yang tertulis di situ. Air mata yang mula bertakung cuba ditahan dari menitis keluar dari kelopak mata.

Mungkin memang dah ditakdirkan yang Tuhan cuma hadirkan Abang Faiq dalam hidup saya hanya untuk menggantikan tempat Daniel yang pernah tinggalkan saya buat sementara.

"Kitty..." suara lembut yang memanggil kedengaran membuatkan kepala aku terus menoleh ke sebelah.

Daniel mempamer riak wajah muram. Aku pun tak pasti apa yang dia cuba sampaikan di sebalik raut wajah itu. Dia pun rindukan Abang Faiq ke?

"Kenapa?"

"Jom balik. Dah gerimis ni." mendatar saja nada suaranya.

Daniel kemudian bangun dari duduknya. Begitu juga aku. Tikar sulam yang dibawa dari rumah, Daniel gulungkan sebelum gulungan tikar itu dibawa ke celah ketiak. Tanpa memandang aku sikit pun, dia berlalu ingin keluar dari kawasan tanah perkuburan ini.

Berkerut dahi aku. Hairan dengan tingkah laku Daniel yang seolah-olah marah dengan aku. Nampaknya, terpaksalah aku kena desak dia buka mulut, ceritakan apa yang dah jadi padanya.

Lantas kaki mula berlari anak mengejar Daniel yang sudah semakin jauh.

"Daniel." panggilku dari belakangnya. Seperti mendengar panggilanku, Daniel mempercepatkan langkahnya ke depan tanpa berpaling.

Aku merengus, tidak puas hati.

"Daniel Bryan!"

Masih tidak mahu berpaling. Aku memberhentikan langkah. Kedua tangan di sisi menggumpal penumbuk, geram. Susuk tubuh Daniel dari belakang itu aku pandang tajam. Dia ni kenapa, huh?

Dan pada akhirnya, kami tiba di kereta BMW milik Daniel. Aku masih mengekori langkahnya dari jarak jauh di belakang. Muka aku tak payah cakaplah. Cemberut habis dah ni aku rasa.

Sebaik saja tiba di bahagian penumpang, tangan aku mula menarik pintu untuk dibuka. Hairannya, tidak boleh. Eh?

Aku merengus kasar. Tingkap kereta aku ketuk-ketuk dengan kuat. Kalau boleh, biar sampai pecah je cermin kereta mamat ni!

"Husband, buka pintu ni!" boleh dicop orang gila aku kalau orang lain pandang jika berterusan begini.

Namun, Daniel buat tidak endah. Dari luar tingkap, aku nampak tangannya bergerak ke arah radio. Tampak seperti lelaki cina mualaf dalam kereta ini sedang menaikkan suara lagu yang berkumandang. Dia kemudian menyandarkan tubuhnya pada sandaran kerusi yang dijatuhkan ke belakang seraya mata dipejam. Lagak seperti orang mahu tidur.

Wait, tidur?!

"Ya Allah... Kau berilah aku petunjuk kenapa orang dalam kereta ni bersikap macam ni. Sungguh kesabaran aku sudah menghampiri had." dan aku harap doa aku mustajab.

Seperti tiada tanda-tanda Daniel mahu membenarkan aku masuk ke keretanya, terpaksa aku buat keputusan untuk duduk di divider hitam putih tepi jalan. Jika ada yang mengata, memang aku buat tak peduli. Lantaklah! Yang penting, aku kena rehatkan kaki aku yang dah lenguh ni.

Kereta BMW berwarna merah di depan mata aku pandang tidak puas hati. Rengusan dilepaskan sekali.

"Tunggulah kau malam nanti. Jangan harap minta tidur sama-sama!" ugutan mula dibuat.

Pin! Pin!

Agak terkejut aku mendengar hon kuat itu. Daniel menurunkan tingkap kereta. Jelas reaksi muka bosan dipamerkan padaku. Dah hampir setahun rumah tangga kami berlangsung. Hari semakin hari berlalu buatkan aku semakin kenal dengan suamiku, Daniel. Salah satunya...

MASIH MENANTI ✓Where stories live. Discover now