SEMINGGU sudah berlalu selepas apa yang pernah terjadi di lawatan tempoh hari. 2 hari 1 malam saja waktunya di situ, tetapi banyak benda malang yang aku hadap hanya dengan 1 malam. Walaupun kes aku yang hampir-hampir perlu bergelar menjadi isteri orang, itu belum cukup melegakan kehidupan harian aku oleh sebab ada konflik lain lagi yang masih buat aku rasa tak tenang.
Disaat itu, aku nampak Fasha sedang berjalan beriringan dengan beberapa rakannya. Mereka lebih banyak tertawa sambil berjalan. Dusta jika aku kata yang aku tak cemburu melihat keakraban persahabatan mereka. Dari pandangan orang lain, Fasha seperti biasa dengan sikap peramahnya. Akan tetapi, apabila anak matanya bertembung dengan aku, dia seolah lebih rela berpatah balik dan memilih jalan lain daripada lalu di sebelah aku yang cuma seketika. Kalau tak ada jalan lain yang dia perlu lalu, Fasha akan memaksa diri untuk lalu saja bertentangan dengan aku.
Lihat saja sekarang, Fasha dan rakannya sedang menghala ke sini. Daripada wajahnya yang nampak senang gelak ketawa tadi, terus berubah dingin sombong apabila mata kami bertembung. Jujur, aku rindukan Fasha yang dulu. Takkanlah Fasha sanggup berubah hanya sebab seorang lelaki? Atau mungkin dia sanggup berperang dingin dengan aku sebab sudah muak menjadi baik? Sebab aku yakin, Fasha cuma mahukan perhatian. Yelah, dia kan kurang kasih sayang ibu bapa. Aku faham akan perasaan kurang perhatian dari ibu bapa sebab aku juga pernah alaminya bertahun.
"Hai..?" Tangan sebelah aku naik seperti melambai pada Fasha. Namun, sapaan itu hanya dibalas jelingan. Aku tersenyum hambar. Itu sudah cukup pada aku sebagai tanda dia balas sapaan aku.
Loceng waktu rehat yang menandakan telah tamat, berbunyi. Perlahan-lahan wajah yang manis dengan senyuman tadi menghilang dari raut wajah. Aku melangkah lemah untuk kembali ke kelas. Kini, aku sendirian. Tiada lagi kawan.
"Kamu Eryna, kan? Sini sekejap!" Tegur seseorang. Cikgu Azam yang berdiri di depan sambil melambai tangan dari jarak sedikit jauh itu aku pandang. Tanpa membalas kata, aku terus berlari anak menghampiri Cikgu Azam.
"Ada apa, cikgu?"
"Macam ni, Eryna. Lepas rehat ni kelas saya, kan?"
Angguk.
"Tapi saya tak masuk kelas sebab ada urusan untuk persembahan. Boleh awak volunteer bagitahu kelas awak yang saya tak masuk?"
Angguk lagi.
"Tapi, cikgu siapa yang ganti?"
Cikgu Azam memuncung bibir itik sambil dua jari mengusap-usap dagu. Mungkin sedang berfikir.
"Saya tak pasti siapa. Tapi, kamu tolong bagitahu sajalah dekat mereka yang saya tak masuk kelas hari ini. Pasal cikgu ganti tu...adalah tu siapa-siapa yang gantikan nanti."
Angguk. Cikgu Azam ukir senyum sambil mengucapkan terima kasih. Aku pula membalas dengan tundukan hormat saja tanpa kata. Baru aku nak melangkah pergi, nama aku dipanggil lagi.
"Oh ya, Eryna. Kamu ada bakat dalam bermain alat muzik tak?" Suara itu menyapa lagi.
Dahi aku sedikit berkerut. Bukan apa, cuma aku pelik kenapa Cikgu Azam tiba-tiba tanya soalan macam tu? Sebab, setahu aku sekolah ni tak ada ambik pula mata pelajaran muzik.
"Tak adalah berbakat mana. Tapi masih boleh mainlah benda tu."
"Benda apa? Cuba bagitahu saya."
"Gitar."
Bertambah kerutan di dahi tatkala melihat bibir Cikgu Azam sudah melebar tersenyum. Aku menggaru pelipis yang tak gatal.
"Err...kenapa ya, cikgu?"
"Tepat pada masanya, saya memang cari guitarist. Eryna, jom ikut saya!"
BERMINIT-MINIT sudah berlalu, tetapi mulut aku masih lagi ternganga kecil. Diam tidak berkutik di depan beberapa kepala dalam bilik ini. Macam mana pula otak boleh buat keputusan untuk setuju melakukan ini? Dan kenapa pula jadi macam ni? Tadi kata cari guitarist. Tapi kenapa aku yang tiba-tiba kena pegang microphone pula?!
YOU ARE READING
MASIH MENANTI ✓
Teen FictionTEEN FICTION || SAD ROMANCE || MYSTERY Pindah tempat yang baru, mungkin akan dapat kehidupan baru juga. Namun, rancangan Tuhan itu sukar dijangka apabila takdir menemukan Eryna Safiya dengan seorang jiran yang kacak, Daniel Bryan. Akan tetapi, nama...