Slurp slurp
Fateha Ella menyedut straw minuman itu dengan laju. Dahinya berkerut-kerut. Tudung yang senget dibetulkan dengan kasar.
Rakan-rakan di sebelahnya yang perasan dengan kelakuan Ella, masing-masing sudah mengerutkan dahi mereka. Pelik dengan sikap Ella semacam kelam kabut.
"Kau asal, Ella? Asal kelam kabut je ni? Kan dah takde kelas dah lepasni." tanya Tiara, rakan sekelasnya.
Ella menelan sisa air di tekaknya lalu memandang Tiara dengan tajam.
"Aku ade class. Class repeat. Okey lah, aku chaw dulu." beritahu Ella dan bangun daripada duduknya lalu berlalu pergi meninggalkan rakan-rakannya.
Tiara pula menepuk dahinya. Lupa pula member dia ade class repeat. Itu lah dulu taknak belajar betul-betul, tak pasal sekarang kena repeat paper balik.
Sesudah pensyarah menamatkan pembelajaran, Ella terus mengemas barangnya. Dia tak sabar nak pulang. Badannya sudah terasa penat dan letih.
Tanpa melengahkan masa, Ella terus keluar daripada kelas itu, langkah nya terhenti apabila tiba-tiba namanya dipanggil.
Ella memusingkan badannya. Kelihatan rakan kelasnya sedang tersengih memandangnya.
"Haa apahal? aku nak balik ni..penat duh daripada pagi tadi kelas." rungutnya.
"Alah, susah lah macam ni! baru nak ajak kau makan-makan." kata Hanni, rakan sekelasnya sambil tersengih.
"Haah jomlah wey, aku dah lapar ni." ajak Yaya pula. Ella mencebik.
Saja mereka menggunakan ayat itu, sebab mereka tahu, bab makan Ella takkan elak.
"Yalah-yalah. Jom. Nak makan dekat mana?" Ella terus bersetuju. Dengan riang, mereka terus berjalan bersama-sama meninggalkan kolej.
Pagi itu, Ella dan rakan-rakannya study di library. Maklumlah Quiz dah nak dekat, masing-masing sibuk mengulang kaji pelajaran.
Ella pandang rakan-rakannya yang sibuk mengulangkaji. Dia termenung sambil menopang dagu.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...