Tuk Tuk.
Ifah yang sedang bermain telefon mengeluh. Dia melihat Safuan yang sibuk bermain PUBG.
"Along... Bukak la pintu tu. Nak pecah pintu orang tu ketuk." rungut Ifah. Safuan berhenti bermain telefonnya. Ketukan di pintu bertalu-talu. Dia mendengar suara perempuan memanggil nama ayah mereka.
"Weyh, sapa tu cari papa?" tanya Safuan.
"Mana la aku tahu. Kau bukak lah. Pekak la telinga aku." rungut Ifah lagi. Safuan mencebik. Tak guna punya adik, patutnya kau yang buka pintu. Dia ke arah pintu rumah.
"Ya, Sabar la!" Sebaik sahaja dia buka, kelihatan seorang perempuan memandangnya dengan tajam.
"Bukak pun. Ingatkan tak ada kat rumah. Mana bapak kau?" tanya Fatihah dengan kasar. Safuan mengerutkan dahinya.
"Tak sopan betul la makcik ni, tak boleh ke ketuk elok-elok lepastu bagi salam?" perli Safuan. Bulat terus mata Fatihah.
"Hello? Aku ni baru 32 tahun okey. Apa makcik-makcik ni?" Marah nya.
"What ever, auntie kata nak jumpa papa ea? Papa takde. "
"Dia pergi mana?"
"Dia pergi mana lagi... Dating dengan mama la. " ujar Safuan dengan selamba. Fatihah merengus geram.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi kereta masuk, dia memandang sambil tersenyum manis.
Ella menutup pintu dengan kuat sambil memandang Fatihah dengan muka yang garang.
"Sayang, pecah le pintu kereta tu, hentak kuat-kuat." tegur Adrian. Ella hanya menjeling.
"Adrian...."
"Ha, kau nak apa ni Fatihah datang rumah aku ni?" tanya Adrian. Dia melihat Safuan memandangnya sambil berpeluk tubuh.
"Along, pergi masuk." arah Adrian. Safuan hanya mengangguk lalu dia masuk ke dalam rumah.
"Aku saja nak ajak jalan dengan kau..." kata Fatihah dengan manja tanpa menghiraukan Ella yang sedang menahan rasa cemburu.
"Hei, hello? Apa? Nak jalan? Nak jalan dengan laki aku? Helo kau sedar tak, Adrian tu laki aku!" kata Ella dengan kasar.
"Ella..." tegur Adrian. Ella menjengilkan matanya ke arah Adrian. Spontan Adrian menunduk. Serupa takut bini je.
"Suka hati aku la. Adrian kawan aku!"
"Tapi dia laki aku. Tak malu ke ha? Dah la andartu!" kutuk Ella.
"Ad! Jahatnya mulut bini kau!" Marah Fatihah. Adrian hanya ketawa.
"What? Kau gelakkan aku?"
"Dah la balik la Fatihah, aku penat la. Esok esok kita jumpa la dekat kolej..."
"Apa? jumpa kat kolej? berani la kalau nak kena tulang tuu patah!" kata Ella dengan garang. Adrian hanya mengeluh.
Sejak Ella mengandung, sensitif betul dia... Baru sahaja Fatihah hendak membalas, terdengar bunyi hon kereta.
Keluarlah seorang perempuan berkebaya turun dari kereta. Api kemarahan Ella makin meluap melihat perempuan itu ke arahnya.
"Hoi makcik! berani ye kau datang sini lagiii?" herdik Ella.
"Ella! Hormat sikit orang tu!" marah Adrian. Ella hanya menjeling.
"Ee kau ni, memang la. Aku datang bukan nak rampas laki kau!" marah Ina pula.
"Habistu kau nak apa??"
"Aku nak bagi korang kad ni." Dia menghulurkan kad pada Ella. Ella mengambil lalu melihat.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...