Ifah terintai-intai di tangga. Kelihatan Ella dan Adrian sedang bercakap dalam keadaan serius. Dia tersentak apabila Safuan mencuitnya.
"Kau mengedap akak dengan papa eak?"
"Ala biarlah. Tengok tu muka kak Ella, kesian dia. Ee, ni semua salah auntie Ina."
"Alah, jangan sibuk intaila. Biasala papa tegur kak Ella. Kau jangan risaulah."
"Ifah risau, papa tinggalkan kak Ella."
"Ishh takde la, papa tu sayang gile tau kat kak Ella.. Kau pun tahu kan? Haih kau ni pun, jangan pikir macam-macam." Ifah hanya diam.
"El tak patut tau cakap Ina macam tu. El kena la hormat dia." ujar Adrian dengan tegas.
"Dia tu yang mulakan dulu!" ujar Ella pula sambil berpeluk tubuh. Wajahnya dimasamkan.
"Kenapa El nak salahkan dia, El tu yang tiba-tiba kutuk dia. Mana la dia tak panas hati." Muka Ella bertukar merah.
"Habistu awak nak salahkan saya la? Ok fine! Semua salah El! Awak pergilah couple dengan makcik tu!"
"Tengok tu. Saya tegur, awak taknak terima. Saya cuma nak El hormat dia. Tu je. El tak malu ke gaduh dengan dia depan anak-anak?" Ella terdiam.
"El tak suka dia, dia tu saja kan nak pikat awak." katanya dengan geram.
"Sayang, kalau saya terpikat dengan dia pun, dah lama saya kahwin dengan dia." Ella menjeling tajam.
"Sayang, plis,.. jangan la macam ni.. saya malu la korang gaduh sebab saya depan anak-anak. Saya sayang awak sorang tau.." beritahu Adrian sambil duduk di sebelah Ella. Ella senyum. Dia ingin peluk Adrian. Adrian mengelak.
"Eh sayang. Kita belum ada pape lagi! Gatal ea." Ella senyum malu.
"Dah, lain kali jangan cari pasal dengan Ina." Ella menjuihkan mulutnya.
"Yela awak, alah lagipun, tadi kan El sakit sengugut. El termarah la."
"Yala, jangan buat lagi."
"Okey!" kata Ella sambil tersengih.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...