Ifah meletakkan pen di atas meja. Matanya menerawang ke arah Ella dan neneknya. Kelihatan mereka berdua leka menonton tv bersama. Ifah melihat Safuan pula yang sedang mengulangkaji.
"Weyh aku lapar la. Aku nak makan maggi." beritahu Ifah. Safuan mengangkat mukanya.
"Kau gile? Papa tahu dia marah la." Safuan menjengilkan matanya.
"Ala rilek la, papa dah tidur kut, tak pun dia busy marking exam. "
"Memang la tapi hidung papa masih berfungsi okey." Ifah mencebik. Dia memandang Ella.
"Mama... Nak maggi..." Ella memusingkan wajahnya.
"Ifah lapar ye sayang? Okey jap mama buatkan." Ella memandang ibu mertuanya. Ibu mertuanya sedang tidur.
"Eh takpayah mama." Halang Safuan.
"Apasal pula?" tanya Ella dengan kerutan dahinya.
"Papa tak bagi anak anak dia makan maggi." Beritahu Safuan.
"Ala mama.. Ifah lapar.. Ifah nak maggi. Plisss..... Bukannya kita makan hari-hari. Harini je.. " rengek Ifah sambil menjeling tajam ke arah Safuan.
"Eee papa marah.. aku taknak backup..." Ella ketawa.
"Takpe la.. mama masakkan la ye. Papa tu, nantilah mama cakap." putus Ella, lalu melangkah kearah dapur. Ifah senyum senang.
"Ma, buat untuk along juga." kata Safuan sambil tersengih.
"Elley dia pun sama."
"Aku takut papa marah la." Ifah hanya mencebik.
Adrian turun apabila hidungnya terbau maggi. Dia mengetap bibirnya.
"Budak ni... Aku dah kata jangan makan maggi.. makan juga. Memang nak kena budak-budak ni!" Adrian melihat isteri dan anak-anaknya sedang melantak maggi di meja makan. Dia bercekak pinggang.
"Ni, kenapa makan maggi ni?" Hampir tercekik mereka mendengar suara garau ayah mereka.
"Erk, papa..." Safuan mula takut melihat wajah bengis ayahnya.
"Papa dah cakap korang tak boleh makan maggi! Kenapa degil sangat ni?! Nak jadi anak derhaka?!" tengking Adrian. Dia memang tak suka anak-anaknya makan maggi.
"Eh, abang ni kenapa? Biarlah dorang makan maggi. Bukannya diorang makan hari-hari.. Abang ni melampau sangat la cakap kat anak macam tu!" marah Ella. Safuan dan Ifah hanya menunduk.
"Awak paksa diorang makan maggi ke ha? Dah takde bende lain awak nak bagi diorang makan ke?!"
"Dorang teringin nak makan maggi. Why not harini je bagi diorang makan. Macam yang El cakap tadi. Diorang bukan makan maggi hari- hari."
"Awak jangan melawan cakap saya, Ella." Muka Adrian merah menahan marah.
"Saya bukan melawan. Saya pertahankan anak-anak saya." kata Ella sambil berpeluk tubuh.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...