Ella melihat kereta Adrian berhenti di hadapan rumahnya. Selepas itu, dia melihat Adrian keluar daripada kereta. Sempat dia melihat penampilannya di cermin kereta. Dia menghela nafasnya. Ella tersenyum melihat Adrian.
"Awak. Kacaknya awak!" Adrian senyum malu.
"Awak nervous ea..."
"Of course la sayang.. diorang okey ke ?" Muka Adrian cuak.
"Dont worry. Diorang okey. Jom masuk." Dia menarik lengan baju Adrian ke rumahnya. Wawa yang sedang tengok tv memandang mereka. Terbeliak matanya melihat Adrian.
"Srs lah, ni pakwe kau umur 43 tahun. Tak nampak tua pun." Adrian hanya senyum. Bangga la juga, ada orang yang memujinya di hadapannya.
"Kan aku dah cakap, taste aku bukan kaleng-kaleng."
"Muka awak macam pelakon yang akak minat."
"Ye? Siapa?" Ella membulatkan matanya. Mulutnya terkumat kamit membebelkan Wawa.
"Awak tanya la dia. Eheheh. Ayah ibu, Bakal menantu dah sampai." Wawa jerit kuat.
"Awak, hehe. Jomlah."
"Saya nak tahu tau pelakon tu siapa." Ella hanya tersengih. Tak guna Wawa ni.
Selepa mereka berbual-bual, mereka ke meja makan.
"Makan lah Adrian, banyak makcik masak ni." kata ibu. Ibu tak kekok langsung membahasakan dirinya sebagai makcik, walaupun dia lebih tua 6 tahun je daripada Adrian. Lagipun Adrian tak nampak tua dari usianya.
Adrian terangguk-angguk. Ella menghulurkan ayam masak kicap di pinggan Adrian.
"Awak suka ayam masak kicap kan? Cuba rasa?"
Adrian merasa sedikit selepas itu dia tersenyum sambil kepalanya terangguk.
"Kena tak dengan tekak kau tu, Adrian?" tanya ayah. Adrian tersenyum.
"Sedap. Cukup rasa. Saya suka." beritahu Adrian. Ella tersipu malu.
"Alhamdulillah, lulus. Ni first try tau, Ella masak ayam masak kicap." beritahu ibu.
Adrian hanya tersenyum.
"Makan lagi, Adrian."
"Baik.. Haih gemukla saya lepas ni, dah la sedap-sedap." puji Adrian. Mereka ketawa.
"Harini je kita gemuk. Esok diet la balik." kata ayah sambil gelak besar. Ibu hanya mengelengkan kepalanya. Macam mana nak diet? Ibu selalu masak sedap-sedap untuk ayah dan anak-anaknya.
"Muka kau takyah bangga sangat la kak." perli Wawa apabila ayah terus memuji masakan Ella. Ella menjelirkan lidahnya.
"Jeles!" Wawa menjeling tajam. Mereka hanya ketawa melihat perangai dua beradik itu.
2 minggu berlalu. Kelas Ella semester 6 sudah pun bermula. Dari jauh Hanni dan Meen berlari ke arah Ella."Ella! Rindu nya kat kau!" Mereka berpelukkan.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...