Ella melihat jam di tangannya. Dia merengus. Dia memandang sekeliling restoran itu. Tiada apa yang menarik. Melainkan pekerja bangladesh yang duk tersengih melihatnya. Dia mencebik.
"Mana la siak mamat ni, penat aku tunggu." Tiba-tiba seseorang memanggil namanya dengan nafas tercungap.
"Ha, kau asal siot lambat? Aduh!"
"Alahai sorry la. Aku kan baru dapat kerja."
"Kau kerja mana? Syarikat bapak kau eak?" Arif menganggukkan kepalanya.
"Yelah."
"Cait. Dulu beria cakap taknak keje dengan bapak kau, sekarang aku tengok kerja jugak kat situ."
"Alahai aku dah tak sanggup duh, duk menganggur je. Haa, kau dah dapat kerja belum? Kalau belum, kerja je la dekat syarikat bapak aku. Hani pun ade." Ella mengelengkan kepalanya.
"Hm, ak minat la, aku ingat aku nak jadi suri rumah je jaga makan pakai suami dengan anak-anak aku."
"Haa srs lah? Abestu selama 2 tahun setengah kau belajar, sia-sia lah?" Ella menjeling tajam.
"Ahh, perempuan belajar tinggi-tinggi pun, akhirnya duk dapur jugak. Aku ni dah berlaki, ade anak lagi. Kang aku keje comfirm takde masa dengan dorang."
"Alahai kau ni, baik betul ... Hm cakap jelaa kau malas nak kerja kan? Nak ade duit tapi taknak kerja. Tapi bila taknak kerja, mana pula nak dapat duit tu?"
"Hello, aku ade laki kan, dia la bagi aku duit. Hahahaha." Arif ketawa.
"Mata duitan kau ni, sian Paksu aku. Eh, kau bila nak pregnant? Bagi aku adik banyak sikit tau. "
"Kau nak berapa? Nak 5? 10? Boleh je." Arif terlopong.
"Weyh srs lah? Kau kuat ke? Eh bukan.. Paksu kuat ke? Hahahaha." kutuk Arif.
"Eh kau jangan... Aku bagi 20 baru kau terlopong."
"Hahaha kau ni ade-ade jela."
"Hahahahah kita duk borak-borak. Kau nak jumpa aku sebab apa ni?" tanyanya. Terlupa pula dia dengan tujuan Arif untuk berjumpa dengannya.
"Ha ni, aku nk bagitahu kau, kau kenal tak Ifwat? Tak kenal kan? Ha meh sini aku kenalkan. Dia ni kawan aku. Kau ingat tak, dulu dia pernah datang rumah masa abang aku kahwi? Ingat tak?" Dahi Ella mula berkerut. Lepastu, baru dia rasa dia ingat.
"Ouh mamat tu, yang nak usya adek aku tu kan! Ha kenapa?"
"Haa , ingat pun, betul-betul. Dia tu nak kenal-kenal dengan adik kau." Ella terkujat.
"Haa srs la? Nak kenal? Eh kau tahu tak umur adek aku tu 16 tahun tau. Ah takde-takde." Ella mengelengkan kepalanya.
"Ala kau ni, dia nak kenal-kenal je laa. "
"Kau srs la? Umur kawan kau berapa? Nak pula dia kenal dengan budak sekolah hingusan tu." kutuk Ella.
"Srs laa, dia suruh aku cakapkan kat kau, umur dia sama dengan aku la. 24 tahun. Ala kenal-kenal jela. Bukan ajak kahwin pun. Kang dia meroyan pula tak dapat kenal dengan adik kau." terang Arif. Ella mengetap bibirnya.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...