BAB 12

9.9K 359 4
                                    

Ella masuk lorong rumah-rumah mewah. Terbeliak jugak mata dia tengok rumah-rumah di situ.

"Kaya betul Sir ni." Ella memberhentikan motosikalnya di hadapan rumah mewah itu. Ella melihat map di telefon nya.

"Ha, betul la rumah ni." Ella mendongak melihat langit, makin gelap, kejap lagi mesti hujan.

Bergegas dia menghubungi anaknya, Adrian. Sebaik sahaja dia menelefon Ifah, hujan turun dengan lebat.

Tiba-tiba pintu gate di depannya terbuka.

"Akak! Masuk. Masuk sekali motor akak tu." Jerit Ifah. Cepat-cepat Ella menolak motornya ke dalam rumah itu. Ella melihat dirinya, dah lencun.

"Ya Allah kak, lencun dah akak! Jom la masuk kak." ajak Ifah.

"Haa, eh boleh ke?"

"Boleh la, hujan lebat tu, jom!"

Ella mengekori Ifah. Sebaik sahaja masuk, terlopong mulutnya. 'Besar sia rumah sugar daddy aku ni'. Hidungnya terbau sesuatu yang sedap.

Matanya ternampak seorang budak lelaki dengan bertuala di pinggang turun dari tangga.

"Fah....arghhh!!!!" Safuan menjerit melihat Ella di situ. Safuan dengan gelabah menutup tubuhnya yang terdedah. Ella pula menutup mukanya. Malu siot. Dah la badan mantap. Ni baru tengok badan anak dia, kalau badan Sirnya sendiri? Memang kat situ juga dia terkam.

"Eh kau ni Long, asal tak pakai baju?" Ifah membulatkan matanya. Dia pula malu. Dah la ade tetamu dalam rumah tu.

"Siapa tu? Kawan kau ke? Aku nak suruh kau amik baju aku kat toilet!" lalu dia terus berlari ke atas. Tiba-tiba Adrian datang.

Membulat mata Ella melihat pakaian Adrian. Adrian pakai apron. Tangannya ade senduk.

"Kenapa ni?" dia terkejut melihat Ella berdiri di sofa miliknya. Cepat-cepat dia ke dapur balik. Ella tersenyum. Comel nya. Kalau takde anak dia tadi, memang dia terkam.

"Haiihh, dah kenapa la orang dalam rumah ni, akak duduk dulu ye. Saya amikkan baju." ujar Ifah lalu bergegas ke atas. Ella melihat sofa yang kelihat mewah itu. 'Gila nak duduk atas tu? Dah la aku tengah basah ni. Kang tak pasal kotor sofa tu.'

Dia ambil keputusan untuk berdiri sahaja. Dia melihat Adrian keluar daripada dapur dengan berpakaian biasa.

"Eh Ella? Kenapa berdiri je? Duduk lah." pelawa Adrian. Dia membetulkan rambutnya yang kusut. Ella tersengih-sengih. Suka betul tengok lelaki buat rambut macam tu.

"Eh, saya basah la Sir, takkan nak duduk?"

"Ha, basah?" Dia melihat diri Ella. Ella mengangkat keningnya. Adrian memejamkan matanya. 'Aduh pikir lain pula aku.'

"Takpe, duduk je. Tak kisah pun kalau sofa tu kotor. Duduk la, jangan berdiri je." Ella hanya mengangguk.

"Ifah? Buat apa kat atas tu ?" Panggil Adrian sambil tangannya bercekak pinggang. Ella yang melihat tersenyum. 'Comel betul Sir ni'

"Anak Sir kata, dia nak amik baju. Tak tahu baju apa." beritau Ella.

"Ouh yeke, nak bagi kat awak la tu. Yela awak dah basah macam ni." Ella mengangguk , Ella mengeluarkan telefon pensyarahnya.

"Ni telefon Sir yang tertinggal." Ella menghulur telefon itu kepada Adrian.

"Thanks, nasib baik awak nampak." katanya sambil mengambil telefonnya.

"Eh jom, makan sekali dengan kitorang" Ajak Adrian. Alang-alang tu kan.

"Eh, boleh ke?"

"Apa pula tak boleh? Awak dah susah payah ke sini hantar telefon saya. Dengan hujan lagi, basah pula baju. Jomlah, kita makan sekali.... Eh, mana budak ni? Ambil baju pun lama ke?" Bebel Adrian. Ella hanya senyum kecil.

 Ella hanya senyum kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sugar Daddy? Where stories live. Discover now