Sesudah mencuci muka, Adrian mengambil telefonnya. Entah kenapa dia mahu bukak gallery telefonnya. Sebaik sahaja dia buka, terkejut dia melihat gambar-gambar Ella di telefonnya. Tidak semena dia senyum.
"Sempat lagi budak ni ye.." Dia senyum. Dia mematikan telefonnya. Entah kenapa dia tidak memadamkan gambar itu. Lalu dia tertidur.
Ella tersedar daripada tidur, apabila bunyi telefonnya berbunyi nyaring. 'Dah pukul 6!' Ella mengejutkan Ifah.
"Ifah, bangunlah, solat subuh."
"Hmm, Ifah period..."
"Okey, tapi bangunlah sekarang, siap-siap pergi sekolah."
"Hmm, dah pukul berapa kak?" tanyanya lalu dia bangun.
"Enam dah. Akak amik wuduk dulu ye." Ifah hanya mengangguk.
Adrian tersedar daripada tidur apabila bunyi telefonnya nyaring. Dia melihat jam di telefonnya. Bulat matanya melihat jam itu. 'Dah 6:45!' dia terus bangun keluar untuk mengejutkan anak-anaknya.
Sebaik keluar daripada bilik, kelihatan Ifah keluar daripada biliknya dengan berpakaian sekolah. Adrian merasa lega.
Tapi Adrian pelik juga, kalau dia terlajak, mesti anak-anak dia terlajak juga bangun. Selepas itu, baru Adrian teringatkan Ella yang tidur bersama Ifah. 'Hmm, mungkin Ella yang kejutkan mereka..'
"Ahh lega papa, kamu dah bangun."
"Dah lama dah, akak kejutkan." Adrian senyum sedikit. Dah agak.
"Along dah bangun?"
"Dah, tengah bersiap kut. Hmm, sedapnya bau!" Ifah terus turun ke bawah. Adrian mengerutkan dahinya.
"Siapa masak? Ella?" Adrian turun ke bawah. Kelihatan Ella menghidangkan nasi goreng di meja.
"Cepat makan, papa awak dah bangun ke?"
"Tu." Ella melihat Adrian yang berdiri di tangga itu. Rambutnya berserabai. Ella ketawa. Cute lah.
"Morning sir, sir bersiap lah. Kita breakfast sama-sama."
"Erk, okey." ujar Adrian dengan gelabah. Baru dia ingat, dia baru bangun tidur . Mesti rambut dia berserabai. Cepat-cepat dia berlalu dari situ.
Serabai tak serabai, Ella tetap sukakanya.
"Wah, nasi goreng! sedapnya." wajah Ifah teruja.
"Selalu papa masak sarapan ape untuk korang berdua?" tanya Ella, sambil menghidangkan nasi goreng di hadapan mereka berdua.
"Selalu kitorang sarapan kat sekolah je. Mana sempat papa nak hidangkan macam ni kat kitorang." ujar Safuan sambil mengunyah telur dadar.
"Lah yeke.." kesian pula Ella menengoknya.
"Kenapa papa tak hire bibik?"
"Papa tak suka hire bibik. Arwah mama pun. Semua papa yang buat untuk kitorang. Kitorang pun ada tolong. Hmm, sedapnya nasi goreng akak. Akak ni macam mama kitorang lah heheeh." ujar Safuan sambil tersengih membuatkan Ella tersipu malu.
"Dah, makan cepat." mereka hanya mengangguk, menikmati hidangan depan mata.
Mata Ella ke arah tangga, Adrian sudah pun bersiap berpakaian menuju ke arah mereka.
"Susah-susahkan awak je, Ella. Kitorang dah biasa sarapan sendiri je kat luar tu." ujar Adrian sambil menarik kerusi.
"Eh takpe lah. Apa salahnya saya hidangkan makanan. Btw, saya minta maaf ye sir sebab usik dapur sir.." ujar Ella dengan serba salah. Bukan apa, dia sudah biasa bangun pagi buat sarapan.
"Eh, takpelah Ella. Anggap je rumah ni macam rumah awak." beritahu Adrian sebelum dia terdiam. Wajahnya diangkat melihat wajah Ella. Ella tersipu-sipu.
Adrian berdehem. "Awak tak sarapan ke Ella?"
"Okey, jom la makan sekali." Adrian hanya mengangguk. Wajahnya terasa panas bila teringat ayat nya tadi.
Apa pasal la aku cakap macam tu tadi? ish.
Hanni mengetuk meja yang diduduki oleh Ella dengan kuat. Ella tersentak."Kau ni, suka terkejutkan aku!" rungut Ella dengan mata yang dibesarkan. Hanni ketawa. Dia duduk di sebelah Ella.
"Amacam semalam? Seronok tidur rumah Paksu aku?" Ella tersengih. Hanni membulatkan matanya.
"Kau! Dengar pasal Paksu je tersengih macam kerang busuk. Gatal!" usik Hanni. Ella ketawa.
"Paksu kau tu, buat aku geram la."
"Ee kau ni, kalau macam tu, kahwin je lah, dengan paksu aku tu."
"Kalau dia nak, aku on jele." katanya sambil tersengih.
"Gatal!" tiba-tiba Arif datang menghampiri mereka.
"Haih tak sudah lagi ke cerita pasal paksu?" tanya Arif. Spontan muka Ella masam.
"Ala biarlah, lagipun kan paksu kita tu kan, duda." Arif memandang Ella.
"Ella, kau series la? Sejak bila taste kau dengan orang tua?" perli Arif.
"Dah hati aku tertarik, nak buat macam mana?" katanya sambil mencebik.
"Entah kau ni bang, apa la salahnya Ella dengan paksu?"
"Masalahnya, paksu tu dah 42 tahun. Kau Ella... baru 22 tahun!"
"Arif, cinta ni tak mengenal usia tahu tak. Mana tahu satu hari kau jatuh hati dengan nenek tua. Ha, kitorang tak boleh buat apa-apa." Hanni ketawa mendengar kan Ella. Arif pula membulatkan matanya.
"Kau ni! Taknak la aku! Ish layan kau, boleh sakit otak tahu tak. Gerak lu." Lantas Arif berlalu meninggalkan mereka.
"Hahahahah terbaik la kau, Ella. Padan muka dia, silap-silap dia pula yang suka nenek tua." kutuk Hanni sambil ketawa besar. Ella ikut sama.
"Suka benau kau." Mereka ketawa terkekek.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...