Seminggu berlalu. Dalam masa seminggu, Ella gigih memikat hati Adrian. Tapi sedikit pun Adrian tak melayan. Ella dah mula pasrah.
Dia menghentakkan mangkuk tingkat itu ke meja. Hanni yang sedang memakai gincu, tersentak. Hampir gincu dia tu nak terkena pipinya.
"Kau pahal duh Ella, terkujat aku!" rungut Hanni. Dia meletakkan gincunya ke dalam beg mekapnya.
"Paksu kau tu la. Ee, sombong betul. Aku ajak dia makan dengan aku, mahunya dia taknak. Katanya tak lapar la, apa lah. Eeee!" Dia meletakkan kepalanya di meja.
Dia mengingat kembali kejadian tadi.
Ella mengetuk pintu bilik Adrian. Kedengaran suara Adrian menyuruhnya masuk. Ella masuk dengan senang hati.
"Hai sir, sir lapar tak? Jom, makan dengan saya? Saya bawa nasi ayam." ajak Ella sambil menunjukkan mangkuk tingkat itu kepada Adrian.
"Saya tak lapar." ujar lelaki itu. Kepalanya masih tertumpu di atas meja. Ella merasa kecewa.
"Ala jom la sir, sedap ni saya masak hehe." Ella cuba memujuk. Adrian mendongakkan wajahnya.
"Awak tak nampak saya buat apa ni? Saya busy dan saya tak lapar lagi." katanya lalu menundukkan wajahnya kembali.
Ella berasa geram. Lalu dia keluar dengan kakinya saja dihentakkan. Adrian hanya mengelengkan kepalanya melihat perangai Ella.
"Ala orang tua..."
"Apa tua-tua? Dia tu belum tua la." Marah Ella. Hanni tersengih.
"Belum tua apa? Dah 42 tahun kut!"
"Tua-tua pun masih bergetah lagi." Ella tersengih lagi. Tadi monyok je, sekarang dah macam beruk miang dah.
"Ella, aku nak tanya sikit, kau jangan marah ea?"
"Ha, apa?"
"Kau suka paksu aku....sebab...sebab duit ke?"
"Lah,apahal pula? Mana ade, aku suka dia sebab diri dia lah.. kau tak percaya ke? kan aku dah cakap haritu." Ella memuncungkan mulutnya. Dia pun tak tahu kenapa dia suka pensyarah yang sombong itu.
Hanni menganggukkan kepalanya dengan perlahan. Dia masih curiga dengan Ella. Dia macam tidak percaya walaupun Ella sudah memberitahunya hari itu.
"Kenapa kau tanya macam tu?"
"Yalah, mana ade perempuan nak kan lelaki tua, walaupun lelaki tu hensem. Yang nak pun, sebab nak kikis duit." Ella menayangkan muka tak puas hati. Tak habis lagi bab itu, walhal dia dah beritahu pada Hanni haritu.
Tapi dia tak kisah pun, kalau dia jadi Hanni
pun akan ada rasa curiga."Eh, aku tak macam tu ea. Pasal duit, aku boleh cari sendiri lah. Tak payah nak harapkan lelaki je."
Hanni hanya tersenyum. "Bukan apa, aku sayang paksu aku tu. Aku taknaklah orang ambil kesempatan kat dia.. Sekarang aku betul-betul percaya kan kau."
"Jangan risau Hanni. Aku akan jaga paksu kau elok-elok. Kalau dapat lah." Ella ketawa manakala Hanni pula hanya tersenyum.
"Arghh, dah lah malas nak layan kau, aku nak usya paksu kau yang sombong tu kejap." kata Ella lalu berlalu daripada situ. Hanni ketawa sambil mengeleng kepalanya. Paksu aku sombong kau nak jugak, alahai Ella.
-----------------
Ella mundar mandir di hadapan bilik Adrian. Tiba-tiba Arif menegurnya.
"Weh, kau buat apa depan bilik sir ni?"
"Eh kau, erkk takde ape, saja lepak kat sini." kata Ella. Arif senyum sinis.
"Alah ingat aku tak tahu, kau tengah usya sir Adrian kan? Alah kau Ella, takde laki lain ke kau nak usya?" perli Arif. Ella bercekak pinggang.
"Sukahati aku la, dah aku tersuka nak buat macam mana?" katanya sambil menjeling tajam ke arah Arif. Ish, macam mana la aku boleh kenal dengan abang sepupu Hanni ni.
"Kau kena ingat Ella, Paksu takkan lupakan arwah isterinya. Lagipun, jarak umur kau dengan dia terlalu jauh. Hm, takpe lah aku masuk dulu." kata Arif lalu dia masuk ke bilik Adrian.
Ella memandangnya dengan muka tak puas hati. Terus dia berjalan balik, tak ade mood nak tengok Adrian!
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...