BAB 20

11.5K 359 9
                                    

Pagi itu, Ella bersiap-siap untuk ke kolej. Dia melihat penampilannya. Dia tersenyum lebar. Hari ni dia berpakaian cantik sedikit. Dia teruja nak masuk kolej hari ni.

"Aik Ella, cantiknya kau." puji Meen.

"Apahal? Selama ni aku tak cantik?" tanya Ella sambil mencebik.

"Takde lah cantik je, cuma aku tengok harini kau macam terlebih cantik pula. Kita pergi kelas je kut. Ke.. kau couple dengan budak kolej kita? Haa, budak satu kelas kita ke? Siapa-siapa?" tanya Meen, teruja. Ella menjulingkan matanya. Apahal la minah ni.

"Lah kau ni, salah ke hari ni aku nak cantik-cantik? Eishh, tepilah." Ella menolak Meen ketepi lalu keluar daripada bilik. Meen hanya buat muka tak puas hati.

---------------

Sebaik sahaja kelas mereka habis, Ella terus pergi ke bilik pensyarah. Apa lagi, nak jumpa sugar daddynya la.

Ella mengetuk bilik pensyarahnya itu. Tetapi tiada sesiapa yang sahut. Dia membuka pintu tersebut. Kosong. Takde sesiapa rupanya. Dia mengeluh. 'Mana pula sayang aku ni.' dia melihat telefonnya.

"Eee, dia ni memang tak reti nak reply ke chat aku? Busy sangat ke? Ishh. Relax Ella. Baru sehari korang couple. Ishh." Langkahnya terus ke arah library. Dia sudah berjanji dengan rakan kelasnya untuk study di situ.

Sebaik sahaja dia membuka pintu library, dia ternampak Adrian. Dia tersengih. 'Kat sini rupanya.' Dia terus pergi ke meja rakannya.

"Kau pergi mana Ella? Lama nau, baru sampai ke sini." tanya Sazzy. Ella tersenyum.

"Aku pergi tandas jap." Ella membuka buku. Sesekali matanya ke arah Adrian yang sendirian bersama laptopnya.

Setengah jam kemudian, mereka mula mengemas barang untuk balik ke rumah. Suasana library sunyi. Memang la sunyi, kan library. Tapi library sekarang itu, memang tinggal dorang je dengan pensyarah.

"Gerak lu. Aik kau Ella. Tak nak balik lagi ke? Rajin nampak, selalu kau yang gerak dulu."Ella tersengih. Memang pun.

"Takpe lah, korang gerak dulu. Tadi kan aku datang lambat, kejap lagi aku balik la." katanya sambil matanya curi-curi pandang ke Adrian. Mereka hanya mengangguk. Lalu mereka beredar.

Ella melihat Adrian. Sebenarnya Adrian membelakangnya, sebab tu Adrian tak perasankan Ella.

Ella memandang sekeliling. Cantik. Takde orang. Semua dah balik. Yela, dah nak petang kut. Ade yang ke kelas ade yang dah balik rumah. Dia menghampiri Adrian, lalu dia duduk di sebelah Adrian. Adrian kelihatan terkejut.

"Eh bila awak datang ni?" tanya nya.

"Saya dah lama ade kat sini. Abang je tak perasan kan saya.."

"Maaf.. saya.. tengah busy tadi.." katanya perlahan. Sungguh dia tak perasankan Ella.

"Ala takde apa lah. Ee kenapa saya, saya lagi." Ella tak puas hati. Adrian menjongketkan keningnya. Ella menjulingkan matanya. Malas la pula dia nak explain.

"Dah tak busy ke?" Badannya sengaja dekat-dekat dengan Adrian. Adrian rasa tak selesa.

"Hmm, lagi sikit.." katanya. Matanya masih di laptop. Ella sengaja rapatkan badannya ke Adrian. Adrian pula rasa tak tentu arah. Dia risau. Risau orang nampak. Walaupun takde orang, tapi dia tetap risau. Ella yang melihat Adrian diam je, dia terus memeluk tangan Adrian.

"Ella, jangan la macam ni, orang nampak karang." Adrian cuba melepaskan tangan Ella. Ella buat tak tau. Malah dia meletakkan kepalanya di bahu Adrian. Dengan serta merta, Adrian bangun. Ella terkejut.

"Saya pensyarah awak Ella, hormat saya. Awak tak patut buat macam ni, nanti orang nampak." kata Adrian dengan tegas. Ella bangun dengan kasar.

"Abang ni kenapa? Mana ade orang. Eee!" Dia mengambil barangnya lalu pergi daripada situ sambil menghentakkan kakinya. Adrian memegang kepalanya.

"Dah kenapa aku macam gelabah ni? Mana ade orang tengok pun kalau dia buat macam tu! Alahai mesti dia merajuk." Sungguh dia rasa menyesal pula buat Ella macam tu.

Ella berjalan ke tempat parking motor, dengan muka masam mencuka.

"Eee pegang sikit dah gelabah! Kedekut!" Ella memakai topi keledar dengan kasar. Dia geram dengan sugar daddy nya itu!

 Dia geram dengan sugar daddy nya itu!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sugar Daddy? Where stories live. Discover now