BAB 41

9.7K 313 9
                                    

Adrian membuka matanya. Matanya memandang siling, selepas itu matanya meliar sekeliling bilik. Kelihatan seorang perempuan tersenyum memandangnya.

"Ad? Kau dah sedar?" Adrian mengerutkan dahinya. Dia mahu bangun tetapi kepalanya terasa sakit.

"Aku kat mana ni?" tanyanya sambil memegang kepalanya yang sakit. Fatihah berdiri lalu duduk di birai katil.

"Kau okey tak? Jangan la bergerak. Kepala kau tak elok lagi tu. " katanya sambil memegang bahu Adrian.

"Ish, jangan pegang aku la. Mana anak bini aku? Kenapa kau sorang ja ada kat sini?" tanya Adrian sambil mengerutkan dahinya. Fatihah mencebik, dia berpeluk tubuh.

"Aku yang bawa kau dekat hospital. Harapkan bini kau? Huh. Takdenya dia bawakan." Adrian menjongketkan keningnya. Tak mungkin Ella begitu.

"Kau jangan banyak cakap la. Kenapa aku jadi macam ni?" Dia memandang sekeliling. Dia mengeluh kecil.

"Kau pengsan dekat kolej, aku bawalah kau balik. Lepastu bini kau papah, lepastu dia tolak kau, kau terjatuh, berdarah dahi kau. Apa la bini kau tu. dia benci sangat kat kau ke sampai dia tolak kau macam tu." Fitnah Fatihah, dia senyum sinis melihat riak wajah keruh Adrian.

"Kau jangan merepek, aku tahu bini aku macam mana."

"Ad.. Ad.. Aku rasa dia dah bosan la dengan kau. Kau tengokla, kau bangun pon aku yang ade kat sisi kau? Bini kau?" Dia senyum sinis. Adrian merengus geram.

"Lepas dia tolak kau, terus dia suruh aku bawa kau ke hospital. Tapi sampai sekarang batang hidung dia takde. Kau rasa?" fitnah Fatihah lagi. Adrian mengetap bibirnya menahan marah.

"Kau..."

"Kau diam boleh tak? Kau keluar. Let me alone!" ujar Adrian dengan tegas. Lalu dia baring semula dengan selimut menutupi tubuhnya. Fatihah hanya senyum sinis.

 Fatihah hanya senyum sinis

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ella membuka matanya.

"Ella, dah sedar dah. " Ella memandang Puan Maisarah yang tersenyum padanya. Dia bangun dari pembaringannya.

"Kenapa Ella ade kat sini? Ella nak tengok abang.." katanya sambil memandang sekeliling. Dia sekarang berada di dalam ward.

"Kejap lagi la kita pergi tengok. Ella tak sihat lagi ni...Pucat muka tu.."

"Ala..kenapa dengan Ella ma? Ella ingat Ella pengsan tadi..." Puan Maisarah senyum. Ella mengerutkan wajahnya.

"Kenapa mama senyum ni?" Puan Maisarah senyum lagi.

Tiba-tiba pintu dibuka. Kelihatan family dan anaknya meluru ke arahnya. Lagi-lagi anaknya itu.

"Mama. Mama okey ke tak ni?" tanya Ifah. Dia memeluk tangan mamanya itu.

"Mama okey la sayang.. tak sihat la... dah tengok papa ke?"

"Dah.. papa dah sedar..."bagitahu Safuan. Ella terkejut.

Sugar Daddy? Where stories live. Discover now