"Argh, sakitnya mulut aku." Ella memegang mulutnya. Wawa datang menghampirinya. Dia pelik melihat muka kakaknya yang sedang menyeringai sakit itu.
"Mulut kau asal?"
"Hmm, ade mata ikan la. Sakit..."
"Lah, pergila kumur air garam. 2 , 3 hari hilang la tu." ujar Wawa sambil bermain telefonnya. Ella menjeling. Dia melihat telefonnya.
"Ala. abang sayang aku ajak keluar la pula.." katanya perlahan.
"Haa abang sayang? Pakwe kau eakk?"
"Eee dengar je telinga kau. Dah la, aku nak keluar. Cakap dengan ibu ea." katanya lalu ke biliknya.
"Ouh, dah ade pakwe taknak cerita. Dasar akak tak kenang untung!" kutuk Wawa kuat. Ella hanya tergelak kuat.
Ella memandang makanannya di hadapan. Dia buat muka sedih. Sedapnya chicken chop...tapi..."El? Asal tak makan?" tanya Adrian. El ada lah nama panggilan Ella yang hanya dia sahaja gunakan. Sweet kan? Hiks.
"Haa, erk?..."
"Kenapa ni yang?" Ella melting gile bila Adrian memanggilnya sebegitu.
"Laa, sayang? Kenapa ni? Tak sedap ke?"
"Hmm awak ni.. rasa pun tak lagi.. El tak boleh makan la..." membulat terus mata Adrian.
"Kenapa? Ade sakit mana-mana ke?"
"Mulut...."
"Kenapa dengan mulut awak? Sini saya check!" Adrian duduk di sebelah Ella. Dia ingin membelek mulut Ella. Ella ketawa.
"Kenapa gelak?"
"Awak.. risau beno.." Adrian menarik muka masam.
"Kan tak risau, orang tu merajuk." Ella tersengih.
"Mulut Ella ade mata ikan la...."
"Ha, mata ikan? Ouh ulser? La, kenapa biarkan je? Dah minum air garam? Madu ke?"
"Apa madu-madu?" Ella membulatkan matanya. Saja nak usik Adrian.
"Sayang... Bukan madu tula....." Adrian menjeling. Ella memuncungkan mulutnya.
"Eee sayang ni. Dah, makan."
"Taknak.. Mulut El sakit.." Ella merengek.
"Makan la.. karang lapar.." Ella mengelengkan kepalanya.
"Nak saya suap?" Terus bersinar mata Ella.
"Ha, itu nak." Ella tersengih. Adrian senyum sambil mengelengkan kepalanya.
"Mengada je dia ni." Di menyuap chicken chop ke mulut Ella. Ella mengunyah dengan perlahan, sesekali dia merengek sakit. Adrian hanya layankan je.
---------------
Malam itu, mereka berdua duduk di kerusi yang menghala hadapan tasik, menikmati angin malam.
"Adrian.. jom kahwin..." ujar Ella bersahaja. Adrian tersentak. 'Haih budak ni, tak sabar nauu. Nasib sayang.'
"Awak nak ke kahwin dengan saya?" duga Adrian. Ella membulatkan matanya.
"Ee, of course la nak.. Kalau taknak, buat apa kita bercinta. Lagipun awak sugar daddy saya.." spontan Ella pegang bibirnya. Ella terlepas cakap. Adrian membulatkan matanya.
"What? Awak anggap saya sugar daddy awak?" tanya Adrian.. Muka dia bertukar bengis. Ella buat muka takut. 'Mampos aku kalau dia mengamuk.'
"Erkk, maksud saya sir adalah kemanisan dalam hidup saya. " beritahu Ella sambil tersengih-sengih.
Adrian menjulingkan matanya. Ella ketawa. Ketawa buat-buat.
"Macam-macam la sayang ni, ni sugar daddy bukan yang kaki kikis tu kan?"
"Hmm,bukan. Ni versi baik."
"Hahaha ade ke baik? Haih sukahati sayang lah." Ella senyum. Suasana bertukar sunyi, sebelum Adrian berbicara.
"Family El dah tahu ke hubungan kita?" Ella tersentak. Alamak belum tahu...hmm...
"Hm belum.. family awak?" tanya Ella.
"Esok free tak? Saya nak bawa awak jumpa mama dengan daddy saya."
Gulp. Ella menelan air liurnya. Terasa kesat.
"Mama awak okey ke? Ayah awak? Diaorang dah tahu pasal kita?" tanyanya. Takut la juga, mak ayah Adrian tak berkenan.
"Esok la ni kenalkan. Free tak?"
"Free jerr."
"Okey, besok petang saya datang ea?"
"Okey, taknak jumpa ibu ayah?" tanya nya sambil tersengih.
"Diorang ade ke besok? Selalu saya tanya awak, memanjang je cakap takde." Ella tersengih.
Sebenarnya ade je. Cuma dia tak nak kenalkan Adrian pada mereka dulu. Sebab dia nak berkenalan dengan keluarga Adrian dulu. Kalau keluarga Adrian okey, dia akan terus kenalkan Adrian pada keluarganya.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...