Ella menekan-nekan telefonnya. Dia duduk di satu kerusi panjang, menunggu rakannya keluar dari bilik komputer.
Dia rasa seseorang duduk di sebelahnya. Sebaik sahaja dia menoleh, dia terkejut bercampur teruja melihat orang itu.
"Ehemm, hmm. Buat apa kat sini sorang-sorang?" tanya Adrian. Wajahnya tidak memandang Ella. Hanya matanya meliar melihat sekeliling.
Ella terkejut beruk. dia terkaku dan keliru. 'Dia cakap dengan aku ke?'
"Saya cakap sorang-sorang ke?" tanya Adrian lagi seraya memandang wajah Ella. Ella tersipu-sipu bila pandangannya bersambung dengan pandangan redup milik jejaka itu.
"Ya, ya.. saya seorang.." Dia menepuk dadanya yang terasa berdebar.
"Nama siapa?"
"Erkk, nama saya Fateha Ella..." Ella senyum sikit. Sungguh lah dia malu. Dadanya pula bukan main berdebar-debar. Malu nak tengok muka Adrian yang kacak tu.
"Ouh, Ella.. okeyy." tiba-tiba Adrian bangun lalu pergi daripada situ. Ella ternganga.
'Macam tu je?' Ella menjeling tajam. Tetapi matanya ternampak beg dompet tercicir di situ. Dia mengambil dompet itu. Sebaik sahaja dia buka beg dompet tersebut.
Terbutang matanya. Beg dompet lelaki yang diminatinya. Dia mencari-cari kelibat Adrian, tapi tiada. Dia mengeluh. 'Takpelah, nanti aku bagi dia.'
Ella melihat ic milik Adrian. Dia senyum. 'Wah hensem betul masa dia muda.
Untung lah arwah bini dia...hmmm.. sekarang pun hensem.. haihhh... Untungnya kalau jadi laki aku..'
Matanya ternampak satu kad, dia menarik kad itu, dia tersenyum. 'Dah dapat number dia.'
Adrian mengambil telefonnya dengan terburu-buru. Dia berharap orang yang menghubungi dia itu, orang yang jumpa beg duitnya yang entah mana dia cicirkan."Hello? Siapa ni?"
"Hello, ni Sir Adrian Kamal ke?" tanya suara pemanggil itu.
"Ye saya. Ade apa ye?" Kang dia terus tanya pasal beg duit, takpasal orang bukan tanya pasal tu tapi pasal lain.
"Saya terjumpa beg dompet Sir tadi.. Hmm.. macam mana saya nak pulangkan ye?"
"Ouh, alhamdulillah, awak kat mana sekarang?"
"Saya kat Bangi Gateway."
"Okey tunggu situ, saya datang sekarang." Terus dia mematikan telefonnya dan menuju ke keretanya.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...