Pada pagi itu, Ella bersiap awal untuk ke kolejnya. Dia melihat dirinya di cermin. Dia menarik nafas.
"Sir.. jangan la reject saya.." katanya dengan memek muka menyedihkan.
"Lah, kau pahal Ella?" Ella tersentak apabila Meen menegurnya. 'Ee, sibuk la dia ni.'
"Dah siap ke? Jom la gerak."
"Alahai, kau ni asal awal nauu? Kelas start pukul 8...... 7:45 boleh la gerak. Sekarang baru pukul 7:15. Yang kau nak awal-awal ni kenapa?" tanya Meen dengan wajah yang pelik. Buat tebiat agaknya Ella ni...
"Ishh kau ni, aku gerak dulu la.. Bye!" Ella terus berlalu keluar dari bilik itu meninggalkan Meen yang terpinga-pinga.
Ella mundar mandir di hadapan kolejnya itu. Sungguh la dia berasa nervous. Dia melihat jam di tangannya. Dah pukul 7:45. Matanya melilau melihat sekeliling. Beberapa orang pelajar sedang berjalan kaki untuk menuju ke kelas.Matanya ternampak Adrian yang baru keluar daripada kereta itu. Dia tersenyum. Dadanya berdegup kencang. Dia melihat Adrian membetulkan rambutnya.
Lepastu dia ternampak pula beberapa budak perempuan tergedik-gedik melihat Adrian. Dia mencebik.
Tak lama itu, Adrian berjalan ke kolej.
"Hai, sir" tegur Ella. Adrian nampak terkejut.
"Hai Ella, awal awak sampai?" tanyanya dengan senyuman manis. Ella ikut senyum.
"Haah, erkk. Sir... saya nak cakap dengan sir sikit boleh tak?"
"Apa dia? Cakaplah?" tanyanya sambil berpeluk tubuh.
"Erkk saya.. saya sukakan sir.." luah Ella sambil menundukkan wajahnya. Adrian tiba-tiba ketawa.
Ella memuncung. "Kenapa sir ketawa?"
"Ella, saya dah tahu awak sukakan saya.. saya sedar." ujar Adrian. Langkahnya diteruskan. Ella senyum. Tak sangka, Adrian dapat mengesan isi hatinya. Dia mengikuti langkah panjang Adrian.
"Saya nak jadi awek sir!" Langkah Adrian terus terhenti. Dia memusingkan badannya.
"Are you serius?"
"Yes sir. Sir terima tak?" tanya Ella dengan wajah penuh pengharapan. Adrian mengelengkan kepalanya.
"Awak ni, tak betul kut Ella!" Adrian memicitkan kepalanya. Kakinya laju melangkah ke bilik pensyarah.
"Apa pula tak betul? Saya betul la. Saya nak jadikan sir sebagai boyfriend saya!" jerit Ella. Langkah Adrian terus terhenti. Dia memandang Ella sambil mengcengkak pinggangnya.
"Awak sedar tak apa awak cakap? Awak tu muda lagi! Sebaya lagi dengan anak buah saya. Saya ni dah tua. Jarak umur kita hampir 20 tahun! Saya tak layak untuk awak. Awak carilah orang lain!" ujarnya lalu meneruskan langkahnya.
"No! Saya nak sir! Saya taknak orang lain! Saya tak kisah la, pasal umur tu! Cinta tu tak kenal usia!" Langkah Adrian mati lagi.
"Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya lagi." Adrian meninggalkan Ella. Ella terkaku. Dia tak dapat terima semua tu! Tanpa sedar air matanya mengalir.
Ella mengesat air matanya yang mengalir laju. Hanni di sebelah memujuknya."Aku bukan nya bercinta dengan kaum aku sendiri pun! Aku nak bercinta dengan dia! Yang umur lebih tua dari aku! Salah aku ke?" Hanni mengurut belakang Ella.
"Aku faham Ella."
Ella menghembus hingusnya ke tisu. Tangannya meraba mencapai tisu lagi, tetapi tisu sudah habis.
Tanpa malu, dia menarik hujung lengan baju Hanni lalu mengelap hingusnya yang berair.
Hanni membulatkan matanya. Dia mengetap bibirnya. 'Bertuah punya kawan. Nasib baik sayang!'
"Hanni, hati aku tak kuat, macam mana aku nak move on? Aku tak boleh move on la huhuhuhu!!!" Dia menangis kuat. Orang di sekeliling memandangnya. Hanni tersengih-sengih.
"Weyh, jangan la nangis. Orang tengok ni."
"Peduli apa aku! Aku nak dia! Aku sayang kan dia.... Aku.... Tsksksks aku cintakan dia...." Ella menghembuskan hingusnya lagi. Kali ni pakai tisu Hanni, sebab Hanni dah tak sanggup bagi baju dia kena hingus busuk Ella. Hanni buat muka - eewwww. Ahh perempuan ni.. buat malu aku je!
"Weyh apahal ni? Ella? Asal kau nangis doo? Kau buat dia ke Hanni?" tanya Arif yang tiba-tiba datang. Hanni memuncung.
"Ish, bukan aku lah!"
"Habistu? Kau okey ke Ella?" Dia duduk di sebelah Ella lalu menundukkan wajahnya.
-------------------
Adrian gelisah. Dia memikirkan tentang Ella. Entah kenapa dia rasa menyesal kerana reject Ella. Bukannya dia tak nampak rupa penuh harap Ella pada dia. Adrian berlalu ke kantin. Dia ternampak Ella sedang dipujuk oleh Arif. Tak semena hatinya cemburu.
"Ah dah kenapa aku nak cemburu.?" Dia melihat mereka lagi. 'Arif lagi sesuai untuk awak Ella...' lalu dia meninggalkan tempat itu.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...