Ella termenung memandang pemandangan di balkoni biliknya. Tiba-tiba bahunya ditepuk kuat. Dia terkejut.
"Mak kau hensem!" latahnya. Wawa ketawa melihat reaksi wajah kakaknya.
"Kau ni terkejut aku. Gila!"
"Hahahah apa la kau ni. Mak kita lawa bukan hensem. Bapak kita yang hensem." perli Wawa.
"Whatever." kata Ella, lalu dia kembali termenung.
"Daripada kau duduk termenung tu, baik kau pergi balik rumah kau tu." Ella mencebik.
"Aku balik, bukan dia suka pun."
"Halah-halah kau ni.. merajuk lagi ke dengan dia? Dah 2 hari lepas kut."
"Kau tak paham perasaan aku tahu tak. Aku punya lah jaga makan dia, anak anak dia.. sanggup dia cakap kat aku macam tu.. hati aku terluka tau..." Nadanya sebak. Matanya mula berair. Wawa mengeluh.
"Aku tahula.. tapi dia kan tengah marah.. dia takde niat nak cakap kat kau macam tu kut... Kau ni tak baik tau buat suami kau macam tu.. kesian dia.."
"Biarlah dia. Biar dia datang sini, pujuk aku." katanya sambil memeluk tubuh.
"Kau ni tak baik lah. Dah la keluar tanpa izin dia.. Kau tak rasa bersalah ke?" Ella diam mendengar bebelan Wawa.
"Akak.. pergila balik.. tak baik buat suami macam tu.." Tiba-tiba ibunya bersuara. Ella menundukkan wajahnya.
"Akak sedih la ibu.. sampai hati dia cakap Akak macam tu..." kata Ella. Matanya mula meleleh. Ibunya memeluknya.
"Setiap orang melakukan kesilapan.. maafkan la Adrian.. dia tak sengaja.." Ella mengesat air matanya, pelukannya dilepaskan.
"Nanti la ibu, hati akak masih sakit." katanya. Ibu dan Wawa hanya mengelengkan kepala melihat perangai Ella.
HUK HUK!"Ad? Kamu okey ke tak ni?" tanya Puan Maisarah. Dia memegang dahi anaknya. Panas.
"Eh, kamu demam ni."
"Mama.. " rengek Adrian. Puan Maisarah hanya mengelengkan wajahnya. 'Dah tua pun masih manja dengan mama bila demam.'
"Mama panggil Ella ea? Ni mesti rindu Ella ni.." Adrian hanya memejamkan matanya. Puan Maisarah mengambil telefonnya lalu menekan number telefon menantunya.
Ella yang sedang seronok menonton tv, mengangkat telefonnya dengan malas.
"Hello, mama?"
"Hello, Ella? Ella kat mana ni?"
"Erk, kat rumah ibu ayah. " katanya sambil mengunyah kerepek. Dia pelik ibu mertuanya menelefonnya. Patutnya suami dia yang perlu call dia.
"Ella masih merajuk lagi ke dengan Ad? Ella taknak balik rumah?" Ella diam. Rasa malu pula buat perangai time ibu mertuanya datang rumah.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...