Sebaik sahaja masuk ke dalam kereta, Ifah tiba - tiba memberikan sepucuk surat kepada Safuan. Safuan dan Adrian saling berpandangan.
"Apa ni Fah?" tanya Safuan, lalu mengambil surat itu. Ifah mengeluh seraya itu dia mencebik.
"Along jangan buat-buat tanya boleh tak? Apa lagi? Surat cinta Along lah." katanya dengan malas.
Dah kalau hari-hari abangnya itu tunggu dia balik sekolah dekat depan pintu pagar sekolah, sekolah masing-masing pula tidak jauh, mana taknya semua budak perempuan suka. Siap bagi surat cinta lagi!
"Amboi, dapat surat cinta bagai.." perli Adrian sambil menjeling sedikit ke arah anak sulungnya itu.
"Alaa pa, biasalah, Along kan hensem. Macam papa juga." Safuan tersengih. Dia memasukkan surat itu ke dalam kocek baju sekolahnya.
"Yala tu, kamu jangan macam-macam long, SPM tak habis lagi. Jangan bercinta dulu. Spender tu pun papa belikan lagi." kutuk Adrian dengan selamba. Betul la kan?
"Eii papa ni, along tahulah. Memang tak la, along bercinta bagai. Geli je.." ujarnya sambil buat muka acah-acah loya.
"Papa tu patutnya bercinta." ujar Ifah tiba-tiba. Adrian tersentak.
"Aik, asal papa pula."
Safuan tersenyum senget.
"Papa, Adik nak mama baru la!" luah Ifah sambil tersengih.
"Kau nak mama baru ke dik? Ha pa, jawab pa, along pun nak mama baru." Safuan menjongketkan keningnya.
Dah 5 tahun dia tak merasa kasih sayang seorang ibu. Dapat kasih sayang daripada ibunya pun, setakat umur dia 12 tahun je.
"Laa, mana pula papa nak cari mama baru tu?" muka Adrian berkerut. Ada-ada jela anak dia ni. Ingat senang ke nak cari isteri baru?
"Alah cari jela, kan ramai cantik-cantik. Cikgu sekolah Ifah pun ade yang berkenan dengan papa."
"Cikgu sekolah? Memanglah. Tapi diaorang suka papa kita sebab papa kita hensem.. Pastu kaya pula tu... Taknak la dorang suka papa sebab tu. Kalau boleh, nak orang yang suka papa, sebab hati papa yang baik." terang Safuan.
Adrian tersenyum dengan kematangan Safuan. Tak sia-sia arwah isterinya mendidik anak-anak mereka itu. Ifah memuncung.
"Betul la tu kata along. Yalah, doa banyak-banyak supaya ada perempuan yang ikhlas dekat papa."
"Hmm, yala papa..." kata Ifah lalu dia memandang luar kereta. Adrian hanya tersenyum.
Ella melihat soalan di hadapannya. Mata je ke soalan itu, tetapi kepala otaknya menerawang ke tempat lain.
Argh!
Dia memejamkan matanya. Kepalanya asyik teringatkan lecturer yang dia minati sahaja.
"Mana sugar daddy aku tu ea? Pagi ada, pastu dah takde dah. Dia pergi mana?... Eh.... dah kenapa aku ni? Dok pikir laki orang tu dah kenapa? Ya Allah, Ella!" Dia menunjal-nunjal kepalanya sendiri. Meen yang masuk ke bilik itu terkejut. Dia pergi ke arah Ella.
"Eh, Ella?Kau pahal?Kau okey tak ni? Dok tunjal kepala kau tu asal?" tanya Meen. Ella tersengih melihat muka cemas Meen.
"Takde papela Meen, hehe. Kepala aku pening sikit.." bohongnya.
"Nak aku picit tak ni?" Prihatin. Meen memang seorang yang prihatin, tengok rakannya susah hati sedikit, dah bertanya macam-macam. Sihat ke tak. Okey ke tak. Ella hanya tersenyum.
"Lah, aku okeyla dont worry. Dah la duk la sana. Aku nak study subjek repeat aku ni." Ella mencapai pen. Meen hanya mengangguk.
Ketika Ella berjalan bersama-sama rakannya. Tiba-tiba telefonnya berbunyi. Dengan gopoh gapah dia mengambil telefon yang berada di begnya. Dia tersenyum melihat nama pemanggil di skrin telefonnya itu.
"Haa, hello? Nak apa?"
"Ahh kau, kasar nampak!" rungut suara pemanggil itu. Ella ketawa.
"Weyy aku nak story ni, kau tahu kan aku minat mamat paling hensem kat sekolah aku ni kan?" Ella menjulingkan matanya. Itula adiknya itu, telefon dia sebab nak bergosip!
"Haa pahal?" tanya Ella sambil melabuhkan punggung dia sebelah rakannya.
"Kau tahu takkkk....."
"Tak tahu!" Pantas Ella menyampuk. Suara itu menjerit geram. Ella ketawa.
"Diam ah kau! Aku nak story ni, bapak mamat tu, ya Allah hensem nak mati doh! Tua, tapi dia punya aura hensem tu kan.. pergh, kalah anak dia!" Cerita dia dengan teruja. Ella mengerutkan dahinya.
"Eh, Wa? Kau suka bapak dia pula ke?" Wawa di sana menepuk kepalanya.
"Kepala hotak kau! Aku saja je nak cite kat kau... ishhh."
"Eleyy hensem sangat ke wey? Mana ade orang tua, hensem. Kau buta ke?" Tak semena, dia teringatkan Adrian. Ok kalau yang tu boleh la dia terima. Dah tua, tapi hensem hehe. Muka pun nampak muda.
"Alah, ade je. Alah bapak dia, takde la tua sangat. Nampak muda je."
"Berapa umur bapak crush kau tu?"
"Tak sure la, tapi dorang kata 42 macam tu la." Ella mengangguk-angguk. Bukan Wawa nampak pun.
"Umur crush kau tu?"
"16."
"Arghh kau, ibu dengan ayah pun belikan spender kau, ade hati nak bercinta." kutuk Ella.
"Eee, bila masa pula aku bercinta. Aku minat je. Tapi kalau dah terbercinta, nak buat macam mana kan? Hehehe." Wawa gelak besar.
"Dah la malas layan kau. Dah!"
"Ehh kau pon sama! Spender pun ibu ayah beli, tak payah berangan bercinta kat sana!" Jerit Wawa. Ella ketawa lalu dia mematikan telefonnya.
Tak semena matanya ternampak lelaki yang diminati, kelihatan lelaki itu memandangnya, selepas itu dia memandang ke tempat lain. Ella menelan air liurnya.
Alamak, dia nampak aku gelak macam orang gila ke?
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...